Trending By: SGMS Enal December 25, 2018 @ 12:00pm

Jual Buah Pinggang Demi Beli iPhone, Lelaki Ini Menderita Lumpuh Seumur Hidup

Jual buah pinggang untuk iPhone mungkin jenaka di Malaysia, tetapi tidak di China kerana memang ada kes dimana seorang remaja lelaki sanggup berbuat demikian demi memiliki telefon bimbit yang dimpikannya. Sebenarnya, lebih daripada itu yang dia dapat tau.

Pada tahun 2011, remaja berusia 24 tahun ini mengambil keputusan untuk menjual buah salah satu buah pinggangnya pada harga 22,000 Yuan (RM 13,000) hanya semata-mata mahu mengikut trend semasa di China ketika itu, dimana ramai anak-anak muda sebayanya memiliki sebuah iPhone.

Namun ada satu kesilapan yang dilakukannya apabila dia menjalani pembedahan tersebut di hospital haram dimana tiada kelengkapan pembedahan yang sesuai disediakan. Malah, persekitaran hospital tersebut amat menyedihkan selain kotor, sehingga akhirnya remaja ini menanggung derita akibat daripada keputusan bodohnya itu.

Berlaku jangkitan pada bahagian luka pembedahan yang turut memberi kesan kepada sebelah lagi buah pinggangnya. Tidak lama kemudian, remaja ini mendapat mimpi ngeri apabila badannya menjadi lumpuh akibat kejadian tersebut.

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Xiao Wang datang daripada keluarga kurang berkemampuan. Orang tuanya adalah golongan pekerja yang mempunyai kehidupan sederhana. Pada usianya 17 tahun, iPhone 4 menjadi trend terkini remaja-remaja di kolejnya. Sesiapa sahaja yang memiliki peranti tersebut, dianggap sebagai ‘lebih tuan’ daripada remaja-remaja lain.

Dia tidak mampu. Disebabkan itulah, dia mula melakukan carian bagaimana mahu mendapatkan wang bagi membeli sebuah iPhone 4. Kemudian dia mendapat tahu bahawa tubuh manusia mampu berfungsi dengan baik walaupun dengan sebelah sahaja buah pinggang. Dia akhirnya menemui satu tempat yang sesuai dimana dia boleh menjual sebelah buah pinggangnya.

iPhone 4 akhirnya berjaya dimiliki tetapi Wang kehilangan nikmat hidup buat selamanya. Selepas 7 tahun dia menjual buah pinggang dan disebabkan kesan jangkitan kuman, Wang hanya mampu terlantar di atas kati. Remaja yang mempunyai rupa yang kacak kini hanya beban kepada keluarganya sahaja.

Keluarganya menjadi lebih miskin kerana segala wang yang ada banyak dibelanjakan bagi merawat Wang termasuklah dialisis.

Itulah kisah jenaka jual buah pinggang untuk membeli telefon bimbit yang benar-benar terjadi di satu bahagian dunia yang lain.

Sumber: Oriental Daily

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 Sep 2020
Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Fri, 29 Sep 2023

A Aida Dedah Suami Orang Cuba ‘Mengorat’, Farahdhiyah Nasihat Cari Pasangan Sama Taraf – “Yang Merepek Kita Pangkah!”

Min setuju dengan Farahdhiya! Kita doa dapat jodoh yang baik dan bukan suami orang

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Trending Fri, 25 May 2018

Penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Di Temui Maut

Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh malam dengan kesan jerut pada leher mangsa.

error: Content is protected !!