Trending By: Padin October 6, 2021 @ 3:46pm

Julung Kali Diadakan, Undian Anugerah Drama Sangat Kini Bermula!

TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember nanti!

Buat julung kalinya, ADS diadakan sebagai sebuah anugerah berprestij untuk meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan kita.

ADS memberi peluang kepada peminat untuk menghargai artis-artis kegemaran mereka dan juga pengkarya seni yang berada di belakang tabir iaitu penerbit, pengarah dan penulis skrip.

Mereka merupakan komponen utama dalam mengadun sebuah karya yang dapat menyentuh jiwa penonton. Antara drama-drama hebat yang menjadi sajian hiburan dan pembakar semangat bagi para penonton sepanjang pandemik ini termasuklah 7 Hari Mencintaiku 2, Melastik Ke Hatimu, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Kampung People 2 dan banyak lagi.

Secara keseluruhan, ADS mempertandingkan 13 kategori. Terdapat 8 kategori yang terbuka untuk undian peminat, selebihnya melalui penilaian juri professional.

Bermula 3 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021, pukul 11.59 malam, peminat boleh mengundi bagi memilih pemenang dalam lapan kategori tersebut menerusi laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat

Setiap pengguna boleh mengundi sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti. Kategori-kategori yang dibuka untuk undian adalah :

Drama Popular
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Antagonis Terbaik
Pasangan Drama Terbaik
OST Terbaik
Drama Novel Adaptasi Terbaik
Babak Tular Drama Terbaik

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022
Trending Wed, 25 Nov 2020

Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Asnaf Terjejas Covid-19

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka

Trending Tue, 10 Mar 2020

“Babak Pertama, Episod Baharu” – Cipta Sejarah Dilantik Menteri, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Titip Ucapan

Alhamdulillah. semoga diberi kekuatan dan upaya untuk memimpin dan laksanakan amanat yang diberi

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Penjelasan yang cukup baik. Bagi semua orang faham…Kudos Khairul Aming!💪💪💪

Trending Fri, 10 Jul 2020
Trending Thu, 22 Apr 2021

Lebih Banyak Beli, Lebih Jimat Belanja… Sempena Syawal, Courts Sedia Tawarkan Rebat Melebihi RM3.8 Juta!

Kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan dan itu menandakan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Sambutan Hari Raya Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Biarpun kita masih terkesan dengan wabak Covid-19, […]

error: Content is protected !!