Trending By: Attiqah Mohd March 21, 2020 @ 6:07pm

[Terkini]- Berita Terpantas Dan Tuntas Perkembangan Wabak COVID-19 Hanya Di TV3, NTV7, 8TV Dan TV9

Perkembangan mengenai penularan wabak Coronavirus kini menjadi berita semasa di kaca televisyen dan di dada akhbar. Dalam usaha menyalurkan berita secara mutakhir dan terkini, Media Prima Berhad menerusi empat stesen televisyen miliknya iaitu  TV3, ntv7, 8TV dan TV9 akan memberikan penonton maklumat secara pantas dan tuntas menerusi siaran berita, program bual bicara serta info padat. 

Racangan menarik disajikan buat penonton

Meskipun berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang sebarang penggambaran produksi diteruskan sehingga 31 Mac ini, perkara itu tidak menghentikan Media Prima daripada menyajikan program dan rancangan menarik buat penonton.

Kesihatan menjadi keutamaan kami. Sekiranya penggambaran tidak dapat diteruskan, kami sudah bersedia dengan pelbagai susunan program menarik untuk penonton yang mematuhi arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berada dalam rumah sepanjang masa.

-Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad

Antara rancangan dan program menarik buat para penonton seperti I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga, Rindu Yang Terindah (Slot Samarinda), Seindah 7 Warna Pelangi (Akasia), Budak Tebing (Lestary) dan pelbagai lagi rancangan menarik yang bakal disajikan. 

Selain itu, sebarang perkembangan mengenai  berita semasa dan info terkini boleh terus ditonton menerusi program bual bicara seperti Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam. Untuk perkembangan berita semasa, saksikan saluran berita yang disiarkan melalui keempat-empat stesen saluran iaitu TV3, NTV7, TV9 dan 8TV. 

Jumlah tontonan kini melebihi jangkauan 

Dalam pada itu, stesen televisyen di bawah Media Prima turut mengambil inisiatif menerusi pesanan khidmat masyarakat (PSA) untuk meningkatkan kesedaran kepada para penonton mengenai ancaman bahaya wabak COVID-19.

“Selain informasi yang disampaikan melalui program bual bicara dan saluran berita, MPB menyiarkan info grafik. Maklumat yang sentiasa up-to-date juga menjadi satu sebab penonton sentiasa menantikan laporan terkini daripada saluran TV3, ntv7, 8TV dan juga TV9.”

-Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad

Sehingga 18 Mac 2020, keempat-empat stesen televisyen di bawah Media Prima telah merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 31% bilangan penonton. Malah, Buletin Utama turut mencatatkan peningkatan lebih daripada 50% penonton. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa Media Prima masih menjadi saluran media nombor satu di hati para penonton. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Aug 2020
Featured Sat, 9 Sep 2023
Hiburan Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Trending Tue, 12 Apr 2022

Malaysia Terima 48,000 Stok Ubat Antiviral Paxlovid Semalam

Ubat Antiviral Paxlovid tiba di Malaysia

Trending Wed, 25 Nov 2020
Trending Thu, 13 Dec 2018

10个「让你完全活在自己世界」的隐世豪宅

10个让你完全活在自己世界的隐世豪宅!