Trending By: Salma Syahbuddin March 15, 2021 @ 12:00pm

Juri Dedah Punca Kemenangan Lagu Gila & Pemilik Vokal Terbaik Ernie Zakri

Nampaknya kemenangan lagu Gila pada Anugerah Juara Lagu Ke-35 memberi nafas baharu apabila genre Hip Hop sekali lagi diangkat sebagai pemenang AJL35 selepas anugerah ini dimenangi pada tahun 2015 menerusi lagu Apa Khabar dendangan Joe Flizzow bersama Sonaone.

 

Menurut Datuk Mokhzani Ismail yang bertindak sebagai salah seorang juri profesional pada anugerah berprestij ini, pembaharuan amat penting dalam teknikal penciptaan dan beliau menyifatkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Loca B dan Noki mempunyai kualiti tersendiri dari segi susunan muzik, lirik, kreativiti dan juga originality nya.

 

 

Malah, jika dilihat lagu Gila juga dihasilkan tatkala negara sedang berdepan krisis Covid-19 dan masyarakat khasnya tersepit dengan situasi tersebut.

 

Justeru itu, Gila juga mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan persembahan yang lain sehingga wajar diberi gelaran Juara Lagu Ke-35.

“Kalau kita lihat dari segi intipati lagu Gila memang sesuai dengan keadaan sekarang, dan memberikan semangat untuk kita berdepan krisis sekarang ini. Tapi, lagu Gila ini kita lihat dari segi keberanian dari komposer menghasilkan lagu tersebut”
“sebagai juri Gila mempunyai kelebihan tersendiri untuk diangkat sebagai juara”

 

Vokal Erni konsisten dari awal hingga akhir

 

Selain itu, Datuk Mokhzani mengakui konsistensi vokal yang dimiliki Erni Zakri, Aina Abdul mahupun Aishah sangat konsisten dan stabil dari mula hingga akhir persembahan. Malah, jarak markah mereka adalah dekat.

 

Bagaimanapun, kelebihan yang dimiliki pemenang Vokal Terbaik ini adalah dari segi lantunan dan pengawalan vokalnya.

“Sebenarnya, suara range Erni tidak tinggi tapi stabil. Jadi sebagai seorang guru vokal dia tahu tahap vokal dia dan kawalan dia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023
Trending Mon, 24 Aug 2020

Lebih Banyak Taman Rekreasi Akan Ditutup

Tolonglah jangan degil gaissss!

Featured Thu, 29 Sep 2022

Shuib Pecah Lantai Rumah, Netizen Pula….

Lahhh, nak ubah suasana rumah je, tak semestinya Shuib lupa pada arwah Siti Sarah 🥺

Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap […]

Featured Mon, 25 Oct 2021