Categories: FeaturedTrending

Kadar Fidyah Di Selangor & Pembayaran Secara Online

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah
Tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Justeru, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari.

Kadar bayaran fidyah RM2 sehari ditetapkan bagi individu yang memakan beras Super Special Tempatan lima peratus.

Bagi RM4 sehari pula, ia bagi individu yang memakan beras putih import/beras erang/beras pulut/herba ponni atau beras wangi.

Kadar fidyah RM6 sehari pula bagi individu yang memakan beras basmathi/beras Jepun atau beras merah.

“Contoh, jika seseorang itu meninggalkan puasa sebanyak tujuh hari pada 2020 (belum melangkau tahun) dan memakan Beras Super Special Tempatan lima peratus, kadar fidyahnya adalah RM14 (7 hari x 1 tahun x RM2 = RM14),” kata Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar.

“Umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari http://www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”