Trending By: Salma Syahbuddin December 20, 2020 @ 11:28pm

Kamal Adli Buat Kejutan Lamar Uqasha Senrose

Akhirnya teka-teki dalam kalangan peminat terjawab apabila pelakon, Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas anugerah sebuah stesen televisyen berbayar sebentar tadi.

Digandingkan bersama sebagai penyampai trofi, Kamal akhirnya membuat kejutan sebaik sahaja selesai mengumumkan dua anugerah berkenaan.

Apa yang lebih mengejutkan, Kamal secara tiba-tiba melutut dan melamar Uqasha sambil bertanyakan adakah Uqasha sudi berkahwin dengannya.

Bersetuju dengan lamaran Kamal, jawapan Uqasha sekaligus disambut dengan sorakan dan tepukan dari penonton.

Sebelum ini, Kamal dan Uqasha memilih untuk tidak memberi sebarang komen lanjut mengenai hubungan mesra mereka.

Apapun, tahniah diucapkan buat Kamal Adli dan Uqasha Senrose!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jul 2018

Urgh Gatalnya! Ketahui Tentang Kutu Rambut

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.

Trending Mon, 24 Dec 2018

Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang

Lava Panas Gunung Berapi Anak Krakatau Sebelum Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Wed, 22 Jun 2022