Categories: Trending

“Kami Akan Ambil Tindakan” Neelofa & Suami Dipanggil Beri Keterangan Isu Langgar SOP – KPN

Belum lagi habis isu kontroversi melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, kali ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, memaklumkan pihak polis akan memanggil pasangan suami isteri itu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan bukti pada video dan gambar yang dimuat naik di media sosial, Noor Neelofa dan Mod Haris Ismail didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan.

“Kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya berdasarkan gambar yang dimuat naik itu sebahagian kegiatan perniagaan Neelofa ke Langkawi atau sebaliknya.

Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja…. jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP.

“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

 

Malah, polis juga akan memanggil saksi untuk membantu melengkapkan kes siasatan secepat mungkin.

Terdahulu, Neelofa dilihat memuat naik video bersama Haris dengan menaiki jet dan meninjau pulau-pulau di sekitar Langkawi.

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Bukan Honeymoon!” – Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Netizen Jangan Terus Buat Spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN :“Semua Okay…” Pengurus Majlis Perkahwinan & Pembantu Peribadi Neelofa Hadir Beri Keterangan

Salma Syahbuddin