Trending By: SGMS Enal November 18, 2017 @ 4:02pm

Kami Bukan Warga Asing Jangan Jejaskan Periuk Nasi Kami – Afiqah Ismail

Dua beranak kesal apabila dikatakan kedai yang diusahakan mereka didakwa disewakan kepada warga asing di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, perkhabaran itu sampai ke pengetahuan mereka apabila terdapat sebuah akhbar harian pada Jumaat melaporkan bahawa segelintir penduduk tempatan di situ seolah-olah mengkhianati projek yang dibina pihak berkuasa dengan tujuan meningkatkan ekonomi mereka, tetapi premis tersebut disewakan kepada pihak ketiga.

Tindakan akhbar tersebut menyiarkan gambar kedai mereka dengan keterangan yang mendakwa ia diusahakan peniaga warga asing.

Jelas Afiqah Ismail 29, pihaknya menafikan dakwaan tersebut kerana dia dan ibunya telah menjalankan perniagaan berkaitan insurans dan cukai jalan serta kedai jahit di situ sejak lebih lima tahun lalu.

Menurutnya, dia telah dilahirkan di Kluang Johor, manakala ibunya berasal dari dari Bandar Baharu, Kedah menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menggaji pekerja asing atau menyewakannya kepada pihak ketiga.

“Terkejut bila tengok gambar kedai kami bagi menunjukkan premis warga asing. Kami orang tempatan, dah lama menetap di Kuala Lumpur. Siapa pula warga asing?

“Gambar yang diambil pun sudah tiga empat tahun lepas, untuk artikel yang disiarkan hari ini,” katanya.

Akan tetapi, Afiqah tidak menolak kebenaran laporan itu bahawa terdapat peniaga tempatan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.

“Peringatan ya, bukan semua peniaga. Jangan babitkan kami yang peniaga Melayu yang 

Kenyataan tersebut mampu membuat perniagaan mereka terjejas kerana mereka sudah mempunyai pelanggan tetap berikutan ia diusahakan warga tempatan.

“Kebanyakan pelanggan adalah wanita tempatan dan mereka lebih selesa untuk buat ukuran badan dengan pengusaha wanita. 

“Memang ada orang Bangladesh, Indonesia yang mungkin menjadi pekerja atau mengusahakannya, tetapi bukan kami. Itu mungkin di kedai lain. Jangan palitkan semua peniaga,” tegasnya.

Disamping itu, dia meminta  akhbar harian tersebut supaya membuat pemberitahuan berhubung kesilapan menyiarkan gambar kedainya.

“Janganlah siarkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan periuk nasi kami. Harap akhbar tersebut membuat pembetulan bagi menjernihkan keadaan,” katanya.

Sumber – mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Sep 2019

Mascara on the Daily; Healthy or Fatal?

The secret to a long and luscious eyelashes is a good mascara, but wearing them every single day should be safe right?

Trending Thu, 13 Dec 2018
Trending Sat, 29 Jan 2022

“Saya Beranikan Diri DM IG Selepas Melihat Dia Di Melodi TV3” – Dilamar Di Madinah, Zulin Aziz Bakal Nikah 20 Februari 2022

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Zulin Aziz, 33, bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini, 35, pada 20 Februari ini. Zulin dan Farhan selamat mengikat tali pertunangan pada Jumaat dalam satu majlis yang diadakan di […]

Events Fri, 3 Feb 2023
Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Mon, 12 Sep 2022

“Hari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Alhamdulillah semua selamat.. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga 🤲🏼

Selebriti Mon, 15 Feb 2021