Trending By: Syafiqa Irdina April 2, 2020 @ 1:00pm

“Kami Semua Duduk Bilik, Lambai Dari Jauh Sahaja” – Kongsi Permaisuri Agong Selepas 16 Kakitangan Istana Positif COVID-19

Seramai 16 orang pegawai istana sah positif COVID-19 dan kini dilaporkan sedang menerima rawatan dan dikuarantinkan.

Angka tersebut nampaknya semakin meningkat selepas pihak Istana Negara memaklumkan seramai  7 kakitangannya positif wabak ini dan sedang menjalani rawatan pada 26 Mac yang lepas.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui laman media sosial Instagram rasmi miliknya iaitu @airtangan_tunkuazizah.

Walau bagaimanapun, Tunku Azizah dan keluarganya telah pun membuat ujian saringan dan disahkan negatif serta semua anggota keluarga baginda sedang menjalani kuarantin diri sehingga 9 April ini.

Keluarga Duduk Dalam Bilik Sendiri

Kongsi baginda, sepanjang tempoh kuarantin itu, Tunku Azizah dan keluarga serta kakitangan Istana Negara bertadarus sesama sendiri dan duduk berasingan dalam bilik masing-masng.

“Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah s.w.t.

Saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing2. Lambai dari jauh sahaja. Kami tidak benarkan pelawat dan juga tidak ada sesiapa di benarkan naik ke atas istana. Hanya kami sahaja di atas, tidak ada pelayan atau bodyguard.

Tuanku Agong, saya dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yang positif,” tulis baginda di akaun Instagram miliknya.

Baginda turut meminta agar rakyat Malaysia sentiasa bersatu teguh dan bekerjasama untuk menangani wabak ini. Diharapkan semua rakyat Malaysia sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Kredit: Instagram Tunku Azizah

Baca Juga: [VIRAL] Individu Misteri Sumbang Mesin Pengesan Virus Berharga Ratusan Ribu Di Hospital Sibu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Dec 2022
Trending Tue, 4 May 2021
Trending Fri, 31 Jul 2020

Penuntut Malaysia Di Yaman Merayu Mahu Pulang

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan!

Featured Fri, 30 Dec 2022

Lucu! Bonda Rozita Terkejut Dapat ‘Gift’ Di TikTok – “Sudah… Jangan Bagi!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda di laman Instagram yang memaparkan dia dan anak, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedang membuat sesi live di aplikasi TikTok. Menerusi […]

Featured Sun, 18 Sep 2022
Featured Mon, 16 Jan 2023

Kekasih Datang Melawat Keluarga, Zarina Anjoulie Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja?

Wah tak sangka kan patut lah Anju cantik macam Nenda dia

Trending Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian Selamat Melahirkan Anak Perempuan Tetapi…

Haih, tak sah kalau tak ada drama dalam situasi yang melibatkan keluarga Kardashian ini!