Trending By: SGMS Enal February 6, 2018 @ 5:31am

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun didakwa telah ditendang dan dipijak hingga terkencing, malah dipukul menggunakan tali pinggang yang digunakan oleh tentera dipercayai didera oleh bapa kandungnya sendiri dan telah menghembuskan nafas terakhir kelmarin.

Mangsa juga dikatakan pernah dipukul menggunakan sebuah bangku plastik kecil. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, openderaan yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran waras itu kini sedang disiasat dengan teliti oleh pasukan siasatan polis.

Tambah Zainudin lagi, perbuatan itu terdedah dalam siasatan awal polis terhadap bapa kandung dan ibu tiri mangsa yang kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat, 2 Februari 2018.

“Berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian dia telah bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijaknya hingga terkencing.


“Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil,”
 katanya di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 34 tahun itu telah dibawa ke rumah sewa mereka di Taman Vista Jaya, Lukut tengah hari tadi bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa telah didera.

Menurut jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga rakan kepada mangsa mendedahkan bahawa murid berusia 9 tahun itu kerap mengadu didera bapanya sebelum ini.

 

“Dia beritahu anak saya, selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, hari ini.

Memetik laporan mangsa dipercayai telah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) pada jam 12.30 tengah malam.

Selepas dibedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 10 Apr 2022

Jangkitan Anjing Gila Punca Kematian Seorang Lelaki di Selangor

Penyakit anjing gila dikesan di Selangor menyebabkan kematian seorang lelaki.

Trending Wed, 9 May 2018

皮卡丘的是老鼠还是兔子?作者亲自解谜原型竟是…

皮卡丘到底是兔子还是老鼠呢?近年因手游《精灵宝可梦GO》再度成为话题焦点,其中主角之一的皮卡丘是众多宝可梦迷的「好朋友」。许多民众也非常好奇,皮卡丘的原型究竟是什么动物呢?

Featured Tue, 18 Feb 2020

Soulmate, nyanyian terakhir BCL buat Ashraf…

Ashraf Sinclair meninggal di usia 40 tahun

Featured Fri, 5 May 2023

Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Aww! Kalau betul, kita doakan yang baik-baik saja buat Kak Ninie!

Featured Mon, 15 Jan 2024

Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Alamak, satu demi satu dia petik ek. Awas!🔥🔥🔥

Hiburan Fri, 1 Mar 2024