Trending By: Yanie Baharom May 7, 2018 @ 6:08pm

Kantoi Sejumlah Dadah Sintetik, Pelakon Wanita Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Pelakon popular yang ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan berjenama miliknya pada Ahad dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu juga didapati negatif.

Tambah Mazlan, kes itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Foto: Arkib Hijab & Heels

Sumber polis berkata, artis itu yang berasal dari Kelantan dipercayai melanggar kenderaan kepunyaan seorang lelaki Cina di Taman Tun Dr Ismail di sini sebelum lelaki tersebut menghubungi pihak polis kira-kira pukul 11.45 pagi.

“Ketika anggota peronda polis tiba, artis itu didapati berada dalam keadaan khayal menyebabkan seorang anggota polis terpaksa memandu kenderaannya untuk dibawa ke balai,” kata sumber.

Mazlan sebelum itu mengesahkan penahanan aktres tersebut bagi membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Wed, 14 Nov 2018

Jijiknya! Guru Dipenjara 10 Tahun Selepas Raba Kemaluan Pelajar

Dia yang akan bersara tidak lama lagi bakal hilang kelayakan wang pencen.

Trending Thu, 16 Jul 2020
Trending Mon, 5 Mar 2018

Jangan Salah Bebel Anak, Silap-Silap Langsung Tak Dengar Kata!

Ibu bapa kuat membebel kerana anak degil dan tak mendengar kata? Baca kenapa salah membebel boleh menjadikan anak degil dan tak mendengar kata…

Trending Tue, 19 Feb 2019

Are You SURE You’re Really Cleaning The Sh*t Out of Your Toilets?

You’ve probably been cleaning your bathroom wrong this entire time! Here are 5 tips to making sure it’s squeaky clean.

Trending Mon, 11 Feb 2019
Trending Mon, 20 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3 : Bayaran Bermula Jumaat Ini

Jangan lupa semak status BSH ketiga korang okay!

| Live TV