Trending By: Attiqah Mohd May 3, 2020 @ 3:40pm

Kapasiti Terhad, Cuma Separuh Penumpang Dibenarkan Dalam Pengangkutan Awam -Menteri Kanan

Umum mengetahui, PKPB mula berkuatkuasa pada hari esok. Justeru, beberapa sektor ekonomi akan mula beroperasi secara normal dan salah satu perkara yang menjadi bualan ramai semestinya operasi pengangkutan awam.

Walaubagaimanapun, menerusi Berita Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan terdapat garis panduan yang ditetapkan khususnya orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas, tren, LRT dan MRT.

Pengangkutan awam akan beroperasi seperti biasa bagi memudahkan perjalanan pekerja ke tempat masing-masing namun begitu terdapat kapasiti terhad yang perlu dipatuhi.

“Sebagai contoh jika bas boleh memuatkan 40 penumpang maka kenderaan itu hanya boleh mengambil 20 penumpang sahaja sewaktu PKP, begitu juga LRT atau MRT hanya boleh bawa separuh dari jumlah yang dipenuhi dalam setiap gerabak.

“Untuk tempat berdiri juga akan ditanda,” katanya dalam sidang media harian PKP, di Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau juga meminta orang ramai untuk terus mengamalkan jarak sosial apabila berada di luar.

Buat mereka yang akan mulai bekerja di pejabat esok, jangan lupa stay safe guys!

Tonton video penuh di bawah:

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 2 Apr 2020

[VIDEO] Rakyat Malaysia Disaran Jangan ‘Bebal’ Kalau Nak Raya

Tolong rakyat Malaysia, sama-sama kita patuhi arahan PKP ini okay!

Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Sat, 29 Jul 2023

“It’s A Boy!” – Remy Ishak Teruja Kongsi Momen Bersama Anak

Alhamdulillah, mesti comel baby boy Remy & Ezza ❤️