Trending By: Syafiqa Irdina April 2, 2020 @ 12:29pm

Kasihan Pendapatan Terjejas Akibat COVID-19, Faizal Tahir Cari 100 Keluarga Untuk Sumbangan Barangan Dapur!

Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang berkuatkuasa akibat COVID-19 yang semakin berleluasa ini secara tidak langsung telah menjejaskan pendapatan ramai golongan termasuklah peniaga sendiri.

Oleh itu, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional sebagai inisiatif membantu semua rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, dilihat ramai individu serta artis tanah air yang menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk mengikut kemampuan masing-masing.

Terbaharu, penyanyi lelaki popular, Faizal Tahir telah memuat naik sebuah video di laman media sosial Instagram miliknya tentang pencarian 100 keluarga yang memerlukan bantuan barangan dapur.

“Saya tahu ramai yang terkesan dengan situasi sekarang ini, saya dan Faithmen sedang mencari 100 keluarga yang sangat memerlukan bantuan barangan dapur, mungkin tak banyak tapi sedikit sebanyak dapat membantu mereka,” kata Faizal Tahir. 

Di ruangan komen, rata-rata ramai juga yang memuji tindakan oleh Faizal Tahir itu, malah ada yang turut bertanya cara-cara ingin membantu mereka yang memerlukan.

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerimanya. So, sekiranya korang ada maklumat dan info berkaitan, korang bolehlah whatsapp nama dan nombor akaun bank ke nombor 017-214 7311 seperti yang tertera dalam video tersebut.

InshaaAllah, sama-sama kita bersatu dalam dalam perkara ini okay?

Kredit: Instagram Faizal Tahir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Apr 2022

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pembatalan kelulusan kit ujian kendiri

Trending Wed, 10 Apr 2019

Pelakon Siri Full House Berdepan Hukuman Penjara 40 Tahun

Sampai macam tu sekali mak bapak diorang sanggup bayar semata-mata anak diorang masuk Universiti? OMG!

Featured Tue, 22 Aug 2023
Featured Fri, 12 Aug 2022

“Wallahi Benci! Satu-Satu Bala Kau Jemput” – Rozita Ibrahim Selar MV L*cah Aliff Syukri

Asyik-asyik nak kena bebel dengan bonda tau Datuk Aliff ni…

Trending Fri, 10 Aug 2018

Tular Video Datuk Seri Aliff Syukri Menghukum Anaknya

Dato Aliff kongsikan video menunjukkan beliau menghukum anaknya kerana tegas mendidik untuk kebaikan mereka.

Trending Fri, 20 Sep 2019

Guna Kamera Badan Bakal Tingkat Keberkesanan Tugas – Muhyiddin

Ia bukan bertujuan mencari salah pihak penguatkuasaan sama ada polis, imigresen atau kastam

Trending Fri, 3 Aug 2018

Air Terjun Setinggi 108 Meter Dalam Gedung Pencakar Langit

Liebian International Building yang terletak di Guiyang, China bahagian Barat Daya mempunyai air terjun buatan yang paling tinggi 108 meter