Trending By: Yanie Baharom October 4, 2018 @ 11:00am

Kasut Termahal Dunia Bernilai RM70 Juta Kini Sedia Dijual, Ada Sesiapa Berani Beli?

RM70 juta hanya untuk disarungkan di kaki, memang tak masuk dek akal. 

Namun demi sebuah kepuasan, prestij dan simbolik kemewahan, jangan terkejut kalau ada yang sanggup membeli kasut bernilai jutaan ringgit.

Terbaru, kasut tumit tinggi dihiasi emas, sutera dan ratusan berlian berharga AS$17 juta (RM70 juta), dipamerkan di Hotel Burj Al Arab, sebagai termahal di dunia kini dibuka untuk jualan.

Menurut laporan agensi media asing, setiap kasut menonjolkan 236 berlian 15 karat berbentuk bulat berhampiran bahagian hujung jari serta sekeliling kasut.

Jada Dubai, sebuah syarikat rekaan yang tidak mempunyai ramai pengikut di media sosial, mendedahkan sepasang kasut tumit tinggi kulit bersalut emas dihiasi berlian.

Foto: Fashion Central

Ketua Eksekutif Passion Jewellers, Hemant Karamchandani, yang membekalkan barang kemas berkata, Dubai adalah bandar raya dihuni jutawan dan hartawan.

“Kami melihat ia sebagai pasaran berpotensi selain seluruh rantau Teluk,” katanya mengambil masa sembilan bulan untuk membuatnya.

Satu-satunya kasut seumpama itu boleh dibuat mengikut saiz pelanggan selepas mereka membayar harga penuh.

Dubai, hab bagi fesyen Teluk dan hos Minggu Fesyen Arab, menyaksikan pertambahan bilangan pelancong sejak beberapa tahun lalu, dengan lebih 16 juta pelawat mengunjungi negara itu tahun lalu.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jan 2020
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Wed, 15 Mar 2023

Shila Amzah Kongsi Momen Tangani Anak Alami ‘Speech Delay’- “Kena Banyak Bersabar, Jangan Give Up!”

Wah, sekali dia sebut words sedap giler dengar! Accent tu mahal ek..🤩

Trending Thu, 12 Nov 2020
Featured Fri, 21 Jan 2022