Trending By: SGMS Faida April 23, 2018 @ 2:36pm

Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga

It’s a BOY! Wehoooo. Isteri Putera William, Kate Middleton, selamat melahirkan anak ketiga pasangan itu di hospital di London, pagi ini.

Bayi lelaki itu dilahirkan pada jam 11.01 pagi waktu tempatan dan seberat 3.8 kilogram.

Kenyataan Istana Buckingham menyatakan, William berada di sisi isterinya ketika Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.

Dua lagi anak mereka, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.

“Ratu, Duke of Edinburgh, Putera Charles, Duchess of Cornwall, Putera Harry dan anggota kedua-dua keluarga dimaklumkan dan gembira dengan berita itu.

“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.

Bayi itu ialah cicit keenam Ratu Elizabeth dan berada di belakang George, Charlotte, William dan datuknya, Putera Charles, sebagai pewaris takhta.

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jan 2024

Nak Elak Sakit Hati Berlakon Di Set Penggambaran, Umie Aida Perlu Teliti Naskhah – “Saya Tak Suka Pelakon Main-Main, Don’t Waste My Time!”

“Kalau dah rasa popular, gunakan nama tu untuk kebaikan bukan untuk mematikan dalam hanyutan pujian,” – Umie Aida

Featured Tue, 23 May 2023
Trending Wed, 10 Apr 2019

Pelakon Siri Full House Berdepan Hukuman Penjara 40 Tahun

Sampai macam tu sekali mak bapak diorang sanggup bayar semata-mata anak diorang masuk Universiti? OMG!

Featured Wed, 3 May 2023
Trending Fri, 23 Aug 2019

Kenapa Kongsi Gambar Jalur Gemilang Terbalik

Jangan sebarkan gambar atau video bendera Jalur Gemilang terbalik

#SkoolXTRA Tue, 27 Feb 2024