Featured By: Ad Ops August 22, 2019 @ 11:00am

Kebakaran hutan Amazon semakin teruk! Anda boleh bantu dengan 5 cara ini

Jika anda mengikuti perkembangan terkini mengenai kejadian yang berlaku di serata dunia, anda pasti tahu mengenai isu hutan hujan Amazon di Brazil yang sedang terbakar.

Pada tahun lepas, hampir 40,000 kes kebakaran direkodkan. Tahun ini saja dari Januari hingga Ogos, jumlahnya mencecah hampir 73,000 kes. Hampir dua kali ganda!

Sejak seminggu lepas, hampir 10,000 kes kebakaran baharu telah dilaporkan.

Salah satu punca kenaikan jumlah ini ialah aktiviti manusia sendiri, dan presiden Brazil, Jair Bolsonaro langsung tidak kisah dengan apa yang sedang berlaku di bawah kepemimpinan.

Beliau berkata inilah masanya dalam setiap tahun apabila peladang menggunakan api untuk melapangkan tanah mereka. Dan sejak menjadi presiden, beliau juga telah mengehadkan segala usaha agensi kerajaan dalam melindungi hutan Amazon.

Foto: Marlo Tama/Getty

Menurut laporan berita dunia, Bolsonaro bukan sahaja tidak mempercayai laporan terkini yang menunjukkan bagaimana krisis kebakaran Amazon ini bertambah teruk dan kritikal.

Beliau sebaliknya percaya bahawa NGO ialah golongan yang bertanggungjawab dalam memulakan kebakaran ini semata-mata untuk memburuk-burukkan reputasinya sebagai presiden Brazil. Gilalah!

Kebakaran yang meluas ini telah menghasilkan selapis asap yang dijangka bersaiz 3.1 juta kilometer persegi. Kehilangan hutan hujan ini juga mengeruhkan lagi keadaan dalam isu pemanasan global. Hutan Amazon sepatutnya menyedut karbon, bukan menghasilkannya.

Walaupun isu ini tidak memberi impak secara langsung kepada anda, anda perlu ingat yang ia tetap berlaku di atas planet kita. Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk membantu menyelamatkan hutan ini, menurut Business Insider.

Ambil tahu mengenai isu ini

Belajar mengenai krisis ini daripada sumber rasmi dan sebarkan info kepada rakan dan keluarga. Lebih ramai orang tahu, lebih banyak langkah yang boleh diambil untuk mengendalikannya.

InfoAmazonia menawarkan sebuah peta yang menunjukkan kebakaran yang sedang marak di Brazil.

Foto: The Jerusalem Post

Reduce, Reuse, Recycle

Aktiviti dalam kehidupan seharian anda pun boleh memberi kesan jangka panjang kepada hutan Amazon. Salah satunya ialah mengurangkan jumlah penggunaan kertas dan kayu.

Banyak kertas dihasilkan daripada pokok yang ditebang di Amazon. Lagi kurang permintaan, mungkin lagi kurang aktiviti perhutanan.

Derma kepada persatuan amal

Enam badan kebajikan yang bekerja untuk membantu hutan Amazon telah diberi pengiktirafan sebanyak tiga daripada empat bintang oleh Charity Navigator.

Charity Navigator ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menilai badan kebajikan berdasarkan akauntabiliti dan pengurusan kewangan mereka.

Badan kebajikan yang anda boleh hulurkan derma adalah:

Jadi sukarelawan

Melainkan anda ialah seorang ahli bomba, anda tidak disarankan untuk menawarkan diri bagi memadam api di Amazon.

Ada cara lain lagi untuk membantu. Hubungi badan kebajikan yang disenaraikan di atas dan tanya apa yang anda boleh lakukan. Mereka memang boleh bantu anda laksanakannya.

Pada akhir 1980-an, Rainforest Action Network melancarkan satu kempen untuk meminta Burger King berhenti mengimport daging lembu murah daripada kawasan hutan hujan tropika.

Francais makanan segera ini langsung membatalkan kontrak import daging lembunya yang berharga US$35 juta (RM146 juta pada hari ini). Wah!

Foto: Inuth.com

Pastikan suara anda didengari

Anda boleh hubungi kementerian di Malaysia dan menggalakkan mereka untuk mengambil langkah demi menyelamatkan hutan Amazon. Sekurang-kurangnya mereka boleh menggunakan kuasa mereka untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai isu dunia ini.

Kebakaran dan kemusnahan hutan ini akan meninggalkan impak jangka panjang kepada iklim global. Memanglah ia berlaku di negara asing, tetapi pihak berkuasa kita masih boleh bertindak.

Dan sementara anda menunggu respons mereka, anda masih boleh bersuara di Internet. Di platform media sosial, gunakan tanda pagar #PrayforAmazonia atau #AmazonRainforest.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Mar 2019

Kisah inspirasi wanita di sebalik syarikat penerbangan AirAsia. Girl Power!

Tak sangka wanita pun boleh buat pekerjaan ini.

Featured Wed, 7 Jun 2023
Trending Mon, 26 Jul 2021

“Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin berkongsi berita duka apabila pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 semalam. Sarah bersama suaminya, pelawak Shuib dan anak-anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, […]

TECH Mon, 20 Feb 2023
Featured Tue, 7 Feb 2023

[VIDEO] “Counting Days!” – Nabil Jeffri, Raysha Rizrose Shopping Barang Hantaran Mewah Buat Ramai Teruja!

omg counting days!! Excitednyaa nak tengok hari bahagia Raysha dengan Nabil ❤️ Moga dipermudah segala urusan mereka 🥰🥰

Featured Wed, 24 Aug 2022
Trending Tue, 7 Aug 2018

Watch Jho Low’s Sailboat Equanimity Arrive in Port Klang Live

The boat is being seized in conjunction with the 1MDB scandal.