Categories: Trending

Kebenaran Rentas Negeri Kini Diperketatkan Dengan Syarat…

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang semakin menunjukkan peningkatan dan masih belum stabil.

Menurut, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, situasi berkenaan memerlukan Bukit Aman mengeluarkan arahan terbaharu yang berkuat kuasa semalam dengan syarat, permohonan yang dipertimbangkan bergantung kepada alasan munasabah yang dikemukakan oleh pemohon dan akan diteliti dengan lebih ketat.

“Setakat ini, permohonan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat namun perlu dokumen sokongan, kematian serta pasangan suami isteri yang berjauhan,”

Menurutnya, arahan berkenaan sudah dikeluarkan kepada semua ketua-ketua polis negeri di seluruh negara.

Sumber : Berita Harian

Terdahulu, tular di media sosial satu gambar notis dipercayai dikeluarkan oleh pihak Balai Polis Bandar Presint 7, Putrajaya beserta tandatangan Ketua Polis Balai, Asisten Superintendan Azman Johari Rakhibi. Notis tersebut mengandungi permohonan kebenaran rentas negeri diperketatkan dan tertakluk kepada tiga situasi sahaja iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).

Kandungan lain dalam notis itu ialah kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri dan ketetapan itu dikatakan datang daripada Ketua Polis Negara dan berkuat kuasa semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Ditangguhkan – KKM

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin