Trending By: SGMS Faida June 10, 2018 @ 6:43pm

Kejam Betul! Bayi Lelaki Ditinggalkan Dalam Mangkuk Tandas

Tergamak betul! Apa tidaknya, bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditinggalkan di tandas.

Bayi comel itu ditemui dalam keadaan lemah dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (RR) Rawang arah utara semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui seorang petugas pembersihan di tandas wanita ketika ingin melakukan kerja membersih kira-kira 9.30 malam.

“Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Jun 2018

Man Died After Stung by Jellyfish in Langkawi

They may look like plastic bags but they’re deadly.

#tilljannah Wed, 7 Dec 2022

Lucu! Gelagat Dai Syed & Hana Ismail Buat Peminat Single Cemburu – “Malasnya Nak Bernafas…”

Pasangan suami isteri Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Baru-baru ini, Syed memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya

Featured Mon, 14 Mar 2022
Trending Sat, 19 Feb 2022

“Semalam Nampak Sihat Seperti Tiada Apa-Apa” – Bapa AG Hot FM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa kepada penyampai radio dan pengacara AG Azmeer iaitu Selamat Ipan meninggal dunia ketika tidur, kira-kira jam 3.00 pagi tadi akibat COVID-19. AG atau nama sebenar, Muhammad Azmir Selamat memaklumkan, bapanya yang berusia 76 tahun

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

Baru Berusia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Tomok Pandai Nyanyi Lagu Janji Padamu!

Anak-anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdik mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Tomok di platform TikTok

Trending Wed, 27 Apr 2022
Trending Fri, 16 Oct 2020

Agong Titah Masjid Seluruh Negara Buat Solat Hajat, Doa Selamat

Semoga Malaysia dijauhkan dari Covid-19

| Live TV