Trending By: Padin December 14, 2020 @ 4:06pm

Kejamnya Manusia… Kejadian Kucing Mati Tersepit Bawah Roller Shutter Ada Unsur Khianat!

Kejadian yang melibatkan seekor kucing mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Tampoi, Johor awal pagi tadi menarik perhatian warganet.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat keadaan kucing itu dan kejadian terbabit dipercayai akibat angkara khianat.

Perkara terbabit didedahkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animan Malaysia) menerusi akaun Facebook rasmi mereka.

“Kejadian seekor kucing mati tersepit di roller shutter sebuah bank ada unsur khianat!

Kes kematian ini seolah-olah sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing sewaktu roller shutter sedang turun perlahan untuk menutup pintu ruang mesin juruwang automatik (ATM).

“Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi roller shutter kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan kucing akan berlari pergi.

Seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit,” tulis Animal Malaysia.

Animal Malaysia menerima laporan mengenai kejadian terbabit sekitar 4.30 pagi tadi dan memaklumkan tragedi itu disedari orang awam sekitar jam 3 pagi.

“Selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak bank untuk menyaksikan kejadian sebenar, mana-mana individu yang ada melihat kejadian sewaktu pintu roller shutter tertutup diminta rancang tindakan menjejak pelaku dengan berkongsi maklumat kepada Animal Malaysia di www.wasap.my/+601120901097 segera.

“Kejadian sememangnya berlaku jam 12.00 tengah malam sesuai waktu oenutupan shutter secara automatik. Setiap bank akan menutup roller shutter di ATM bermula jam 12 tengah malam dan hanya akan membukanya semula jam 6 pagi. Tindakan pantas dan kerjasama boleh memberi keadilan kepada kucing jika benar dizalimi,” tulis Animal Malaysia lagi.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya sedih dan kesal dengan kejadian terbabit serta turut merasakan perbuatan terbabit berunsurkan khianat.

Setakat ini, hantaran terbabit mendapat lebih 1,200 komen serta hampir 900 perkongsian di laman Facebook.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Nov 2022

“Tajam Sangat Ke Bahu Saya Bang?” – Gelagat Aedy Ashraf & Peminat Buat Netizen Terhibur

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon Aedy Ashraf yang sering kali membuat ramai tak keruan melihat ketampannya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna TikTok iaitu @nis4s0 yang merakamkan aksinya sedang bergambar […]

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Featured Thu, 27 Apr 2023
Trending Mon, 24 Dec 2018

PowerPoint做动画!网路神人精彩绘制东京车站

谁说打开Microsoft Office,就只能打报告、做模型、准备简报这种基本文书处理?

Hiburan Wed, 11 Oct 2023