Kekalahan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menentang pemain berpengalaman dan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long sekaligus mengundang perasaan kecewa peminatnya di Malaysia.
Bagaimanapun, rata-rata penyokong Malaysia memuji semangat, usaha dan persembahan yang dipamerkan Lee Zii Jia, 23, sepanjang perlawanan berlangsung.
Malah, ada yang beranggapan anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah ini mampu untuk mengatasi Chen Long atau siapa sahaja lawannya selepas ini memandangkan ia adalah sukan Olimpik pertama Zii Jia.
Bukan itu sahaja, semestinya persembahan Zii Jia mendapat perhatian bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang turut memuji persembahan yang dipamerkan Lee Zii Jia ketika menentang Chen Long dalam pusingan 16 terbaik pada Khamis.
Menurutnya, permainan Zii Jia ternyata mengatasi Chen Long dari segi, kelajuan, teknik, dan juga power.
Bagaimanapun, kelebihan pemain dari China itu mungkin dari segi pengalaman dan penafsiran taktik pihak lawan.
“Usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.”
“Semalam perlawanan saya rasa dari segi power, speed dan teknik, ZiiJia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting”
“Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka je innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.”
Malah, Chong Wei juga percaya kepada pemain nombor 8 dunia ini bahawa dengan berbekalkan sedikit lagi pengalaman pastinya Chen Long yang juga pemain yang berada dikedudukan nombor 6 dunia ini bukan lagi tandingan Zii Jia.
“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, ChenLong pastinya sekadar lubuk untuk anda”
Selain itu,kata-kata semangat yang dititipkan buat Lee Zii Jia ini ternyata memberi kesan dan semangat bukan sahaja buat followers beliau tetapi buat semua peminat badminton negara.
“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ditangguhkan.”
“I am proud of you. Malaysians are proud of you.” tulisnya.
Terdahulu, perjuangan Zii Jia pada Temasya Olimpik Tokyo 2020 berakhir apabila dia tewas kepada Chen Log dengan keputusan 218,19-21,5-21 yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza.
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza