Trending By: Padin October 31, 2021 @ 3:16pm

Kembali Untuk Musim Terbaharu, Jangan Lupa Saksikan Lagu Cinta Kita 3 Malam Ini!

Lagu Cinta Kita 2 telah mencatat rekod kadar tontonan yang tinggi dan trending ketika bersiaran pada era pandemik Covid-19 tahun lepas.

Selepas program itu melabuhkan tirai, finalis-finalis juga mula mengorak langkah dalam industri hiburan tanah air dan menerima sambutan yang menggalakkan.

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita untuk versi Malaysia kembali dengan musim ke-3 di TV3 bermula malam ini, 31 Oktober 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam selama 8 episod.

Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja. LCK3 menggandingkan dua selebriti popular sebagai pasangan hos iaitu Kamal Adli dan Ain Edruce. Program ini mengekalkan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap dan mereka akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod. Penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, kejayaan musim lalu yang memperlihatkan beberapa finalis berjaya mencaturkan kerjaya seni mereka.

“Lihat sahaja finalis seperti Nadeera Zaini, Khareez Kasbah, Ahmad Adly dan Ratu Balqis, mereka mula mengatur langkah dalam bidang seni. Lagu Cinta Kita merupakan program yang unik dimana kami menampilkan peserta-peserta yang berbakat dalam nyanyian untuk disatukan menerusi pilihan lagu dan irama.

“Selain persembahan duet di atas pentas, mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Untuk musim baharu ini, kami ingin mempersembahkan sisi personaliti para peserta yang lebih menarik buat tatapan penonton. Program ini juga membuka peluang kepada rakan-rakan penaja untuk bekerjasama dengan kami dalam pendekatan yang lebih kreatif dan berkesan,” katanya.

Seperti musim lalu, para peserta Lagu Cinta Kita tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Pencarian peserta musim ketiga telah berlangsung secara atas talian dari 24 Julai 2021 hingga 25 September 2021.

Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang dan sedang mencari cinta, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video nyanyian di akaun Instagram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita3.

Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Di pusingan awal LCK3, 20 peserta akan dipadankan kepada 10 pasangan duet di episod 1 & 2. Mereka dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza.

Mereka memerlukan undian daripada juri tetap dan juga juri awam untuk mengalihkan pemisah di antara pentas mereka. Barulah para peserta dapat melihat wajah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya. Para peserta akan berhadapan dengan sesi penyingkiran di setiap episod.

Juara Lagu Cinta Kita 3 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000 dan tempat ketiga berjumlah RM 20,000.

Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dan TV3 dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja, Hot FM sebagai rakan radio rasmi serta Oh Bulan & Xtra sebagai rakan digital.

Saksikan Lagu Cinta Kita 3 bermula 31 Oktober 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam atau strim live secara HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Dec 2021

Pelamin Impian Uyaina Arshad & Raja Syahiran Musnah Kerana Banjir – “Memang Kami Alami Kerugian, Tapi…”

Hos dan pelakon cantik, Uyaina Arshad mendedahkan pelamin yang sepatutnya digunakan untuk majlis pernikahannya musnah kerana banjir. Selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran pada jam 9.03 pagi tadi, pengacara program Wanita Hari Ini turut terkesan

Featured Tue, 18 Apr 2023

“Jangan Sibuk Jaga Tepi Kain Orang!” – Anak Azhar Sulaiman Mengaku Tak Liar, Pilih Lelaki Melayu Berbanding Mat Salih Sebagai Teman Hidup

Pempengaruh media sosial popular yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mengaku kehidupannya sering menjadi perhatian masyarakat walaupun dia kini sedang sibuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Menurut Leona, kehidupannya di luar

Trending Mon, 8 Feb 2021

“Beranganlah You Ni… Tak Sama Langsung” – Dikatakan Persis Jue Aziz, Wanita Ini Terima Kecaman Netizen

Seorang wanita menerima kecaman netizen selepas dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon Jue Aziz. Semalam, tular sebuah sedutan video di laman sosial Twitter yang memaparkan seorang wanita berniqab dan lebih mengejutkan, wanita berkenaan disapa dengan panggilan

Trending Fri, 4 Jun 2021

Tindakan Undang-Undang Buat Golongan Antivaksin – PM

Haa, jangan hasut orang lain wahai si antivaksin

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

Pablo Amirul Pernah Tak Puas Hati Dengan Pihak TUDM Gara-Gara….

Haa tak puas hati sebab apa tu? Biasalah kan terasa hati tu lagipun untuk kebaikan..

Trending Fri, 15 May 2020

Rakyat Titip Ucapan Buat PM Sempena Hari Lahir Ke-73 Hari Ini!

Selamat Hari Ulangtahun Perdana Menteri Ke-8!

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Walaupun Kita Bukan Adik Beradik Kandung, Tapi…” – Air Mata Wan Sharmila Gugur Bila Jumpa Adik-Adik

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon Wan Sharmila yang masih masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan. Terbaharu, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu ada memuat naik satu hantaran di

Trending Wed, 14 Nov 2018

Wanita Nepal Ini Mula Jadi Sebutan Penduduk Dunia, Siapa Gerangan Si Dia?

Cantik betul kan? Tak hairanlah dia digelar ‘Bidadari Dari Syurga’. Ye tak?

| Live TV

error: Content is protected !!