Trending By: Salma Syahbuddin September 11, 2020 @ 10:00am

Kenakan Sekatan Perjalanan Ke Atas Negara Berisiko – MKN

Kerajaan membuat keputusan drastik mengenakan sekatan perjalanan ke atas negara berisiko tinggi yang mengambil kira potensi gelombang ketiga penularan jangkitan Covid-19 menjelang musim sejuk ini.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kriteria penilaian risiko pengimportan jangkitan virus itu adalah berdasarkan Scoring Board: Sistem Merit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menguna pakai data dari Europe CDC dan Our World in Data.

“Enam kriteria berkenaan termasuk bilangan kes Covid-19 dalam tempoh 14 hari kebelakangan; kadar insiden per sejuta penduduk dalam tempoh 14 hari kebelakangan.

” Selain itu, kadar kematian 14 hari kebelakangan per sejuta penduduk; kadar kematian kes kumulatif;indeks pemulihan dan kes melebihi 150,000″ Katanya.

Jangkitan import dapat dikawal

Tambahnya lagi, tindakan itu diambil bagi memastikan jangkitan kes import dapat dikawal. Dan, rakyat dapat dilindungi dari ancaman gelombang ketiga Covid-19 menjelang musim sejuk di negara yang berkenaan.

Bagaimanapun, sekatan perjalanan ini tidak membabitkan semua pihak kerana diplomat asing dan ahli keluarga serta delegasi dari luar negara bagi urusan berkaitan hubungan dua hala adalah dibenarkan masuk.

Pemegang pas jangka panjang

Bagi sekatan kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang, Mesyuarat Khas Menteri pada Khamis telah bersetuju untuk memberi sedikit kelonggaran, membenarkan Pemegang Pas Ekspatriat dan Pekerja Mahir dari negara terbabit untuk masuk ke Malaysia.

“Bagi pemegang Pas Ekspatriat dan pekerja mahir, mereka perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan surat sokongan dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) atau agensi berkaitan”

Manakala, bagi penduduk tetap dan pasangan warganegara Malaysia, mereka boleh memohon dengan JIM untuk memasuki Malaysia dengan syarat perjalanan sehala sahaja.

Dan, bagi pemegang Pas Pelajar dari negara yang terbabit juga dibenarkan masuk ke Malaysia dengan memohon JIM terlebih dahulu.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Oct 2022
Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022
Trending Thu, 5 Dec 2019

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar

Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

Trending Tue, 22 Feb 2022

Papar Lakonan Aaron Aziz & Gambit Saifullah Sebagai Lelaki G*y, Pengarah ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ Rujuk JAKIM

Menampilkan kisah berkaitan hubungan songsang dalam drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa, pengarah Eyra Rahman telah terlebih dahulu merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti jalan cerita yang dihasilkan. Menurut Eyra, inisiatif tersebut dilakukan kerana

Trending Thu, 13 Jun 2019

你没散光!这棵怪树真的长这样

你没散光!这棵怪树「旭日紫荆」真的就长这样……

Trending Thu, 23 Apr 2020
Trending Fri, 10 Dec 2021

Netizen Puji Mesej Anti-Buli Dendam Penunggu… OST Nyanyian Khai Bahar Pun Best!

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA yang mengangkat tema anti-buli. Antara barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem ini adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil dan ramai lagi. Sedang hangat

| Live TV

error: Content is protected !!