Trending By: SGMS Faida January 20, 2020 @ 8:00am

Kenapa ‘Double Standard’? – Teguran Ratu Naga Untuk Johari Abdul

Ketua Penerangan Wanita Keadilan Malaysia, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga membalas kenyataan Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul yang mengadakan pertemuan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan sebelum ini.

Hasil pertemuan itu, katanya, bersetuju untuk mendesak agar Zuraida dipecat kerana didakwa melanggar disiplin parti serta mengkritik keras presiden mereka, Anwar Ibrahim.

“Pertama, mengapa ada berlakunya ‘double standard’ dalam isu kebebasan bersuara? Bukankah ianya hak setiap ahli dan pimpinan untuk meluahkan pendapat tanpa prejudis?

Jika seseorang pemimpin atau ahli parti bersuara menyatakan pandangan yang tidak secocok dengan kita adakah perlu kita mengambil tindakan terhadap individu tersebut?

Tetapi jika pendapat itu adalah sesuatu yang sedap untuk hati kita walaupun ianya tidak tetap dan benar kita merelakan ianya begitu sahaja? Dimanakah laungan hak kebebasan dan demokrasi yang dilaungkan selama ini? Adakah kita serupa zaman BN Najib, pecat, penjara jika bersuara?,” luahnya.

Tambahnya, dia mempersoalkan tindakan Johari dan lantikan MPP yang tidak pernah bersuara apabila Rafizi dan Nurul Izzah yang tidak pernah hadir ke mesyuarat?

“Kenapa saya tidak dengar langsung bunyi-bunyi mereka yang anti Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin mendesak kedua naib presiden ini untuk letak jawatan?

“Kenapa harus dipertikai sebelah pihak sahaja? Walhal Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin telah menang dan dipilih berbanding yang kalah dan kuat berbunyi. Bila dipilih dan menang, itu tandanya Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin adalah suara majoriti Parti Keadilan Rakyat. Malah kita sedia maklum Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin ni rajin dan bagus dalam memenuhi kerja serta amanah yang di beri oleh rakyat dan patut dibanggakan. Tapi berlaku sebaliknya, bukankah ini namanya ‘double standard’?,” katanya. 

Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga mendakwa, kedudukan Zuraida – yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan tidak membantu parti sama sekali.

Beliau juga mendakwa tuntutan itu mendapat sokongan daripada majoriti ahli akar umbi di kebanyakan negeri.

Sambungnya, Johari diiingatkan supaya tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan umpama menjadi pengadu domba dikalangan kepimpinan parti.

“Sepatutnya jika ada permasalahan yang berlaku beliau harus lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Mengapa Johari Abdul tidak mempertikaikan mereka yang menyerang Timbalan Presiden dan Naib Presiden terlebih dahulu?

“Mengapa baru sekarang cuba menjadi jaguh mempertahankan presiden? Jika beliau seorang pemimpin yang mempunyai integriti sudah pasti beliau akan mempertahankan bukan saja presiden namun kesemua kepimpinan tertinggi parti. Sekali lagi berlakunya ‘double standard’ dalam tindakan beliau.

“Adakah Johari Abdul serta MPP yang dilantik ini rasa dengan cara keluarkan kenyataan mengecam pemimpin yang mereka tak suka adalah jalan yang bijak?

“Kita ini adalah cermin kerajaan pemerintah, kelakuan dan tindak tanduk kita adalah mewakili imej kerajaan. Sebab kita sedia maklum kita ni parti pemerintah, dah hampir 2 tahun jadi pemerintah, asyik nak bercakaran mengejar jawatan dan kedudukan.

“PRK Kimanis menjadi signal, rakyat dah bosan dan muak kalau asyik hari-hari disajikan cerita perebutan jawatan. Tapi tak nampak pula MPP yang desak Zuraida letak jawatan ni bersungguh dalam soal ekonomi rakyat dan negara.

“Teringin saya nak melihat Johari Abdul dan mpp bersamanya berusaha dalam menjuarai isu rakyat. Jangan menang sorak kampung tergadai. Anda diangkat jadi pemimpin untuk apa? Untuk diri anda atau umtuk rakyat?,” pesannya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Aug 2021
Trending Sat, 29 Sep 2018

转起来!宝可梦X卡娜赫拉扭蛋可爱让人融化

两个愿望一次满足,宝可梦又要与超可爱的卡娜赫拉合作啦,而且是冲着扭蛋机来!

Trending Tue, 25 Aug 2020
Trending Thu, 26 Mar 2020
Trending Sat, 12 Jun 2021

Rapper Malaysia, Indonesia & Singapura Bergabung Dalam ‘Orang Lain’

Penyanyi rap Indonesia, A. Nayaka muncul berkolaborasi dengan rapper Malaysia, SonaOne dan rapper Singapura, YHB Sleepsalot dalam single baru yang berjudul Orang Lain. Bercerita mengenai kerjasama tiga negara itu, Nayaka mendedahkan yang kisah sebalik penyatuan

Trending Sun, 24 Dec 2017

你不知道的四个超诡异圣诞节传统

圣诞节是一个体现爱心、感受爱与被爱的特殊日子;无论你是否是基督徒,相信都会十分享受这愉快假期。只不过,有些地方的圣诞习俗让人抓破头皮不能理解。你听过哪几种呢?

Trending Wed, 21 Mar 2018

Kes Dera Amah, Datin Tak Muncul Di Mahkamah!

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Featured Wed, 28 Apr 2021

“Berlakon Pandai, Nyanyi Sedap” – Ramai Terpegun Dengar Suara Diana Danielle

Bukan sahaja berbakat dalam lakonan namun pelakon jelita, Diana Danielle membuktikan dirinya merupakan seorang yang versatile dan serba boleh. Terbaru, Diana memuat naik satu teaser lagu cover nyanyian beliau di laman Instagram miliknya menyanyikan lagu

Trending Wed, 25 Apr 2018

I’m Scared – Reaksi Fathia Latiff Setelah Dipanggil SKMM Kerana Salah Guna Media Sosial

Kelantangan Fathia Latiff melalui laman media sosial sebelum ini akhirnya membawa padah.

| Live TV