Trending By: SGMS Enal December 13, 2017 @ 6:26am

Keputusan Cemerlang PT3 Seorang Anak Tukang Cuci

Meskipun kehilangan bapa sejak berusia sembilan tahun, ia tidak menjadikan alasan bagi Ina Najwa Ruzaidi untuk tampil cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Menurut Najwa, kejayaan ini ditujukan khas buat Ibunya Zunaidah Atan, 47 yang bekerja sebagai tukang cuci di Stulang Laut.

Keperitan dan kesempitan hidup dalam keluarga kurang berkemampuan tidak menghalang anak Najwa untuk mendapat keputusan 7A 2B 1C.

“Ini adalah hadiah untuk ibu saya yang banyak berkorban untuk membesarkan dan menyediakan kelengkapan sekolah kepada saya.

“Ibu bekerja sebagai tukang cuci di Stulang Laut di sini dan dia adalah inspirasi kepada saya untuk berjaya dalam kehidupan. Selepas ayah meninggal semua tanggungjawab diambil alih ibu saya,” katanya kepada Kosmo Online!

Anak bongsu daripada dua beradik ini yang tinggal di Larkin di sini hanya datang seorang diri ke sekolah disaat rakan-rakan yang lain gembira disamping ibu bapa masing-masing. Apapun, tahniah adik Najwa daripada kami di Xtra.com. Semoga terus sukses!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Penjelasan yang cukup baik. Bagi semua orang faham…Kudos Khairul Aming!💪💪💪

Trending Mon, 17 Aug 2020
Trending Fri, 10 Apr 2020
Trending Wed, 29 Apr 2020
Events Sun, 29 May 2022
Trending Sat, 11 Jul 2020