Categories: Trending

Kerajaan Akan Tarik Semula Kebenaran Aktiviti Konvoi Motor Jika Tidak Patuh SOP – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselematan) Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa jika orang ramai masih berdegil dan tidak mematuhi SOP semasa melakukan aktiviti berkumpulai sepeti konvoi motor, kerajaan tidak teragak-agak untuk tidak membenarkan aktiviti tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh beliau menerusi sidang media MKN yang berlangsung hari ini.

Jika mereka tidak mematuhi SOP yang sepatutnya dan masih berkumpul beramai-ramai tanpa mengamalkan penjarakan sosial, kerajaan tidak teragak-agak untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti berkumpulan seperti konvoi motor.

Ujar beliau lagi, orang dewasa sepatutnya mampu mengawal diri untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Beliau berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover