Trending By: Ad Ops January 15, 2019 @ 11:00am

Kerajaan M’sia akan mewujudkan akta pelindungan bagi hak dan kebajikan warga emas

Kita selalu saja dengar kisah sedih mengenai warga emas yang diabaikan atau dianiaya oleh anak-anak mereka.

Malangnya sebelum ini tiada tindakan undang-undang yang diambil terhadap si pesalah itu, namun isu berkenaan mendapat perhatian hangat daripada netizen yang rata-rata bersimpati dengan mangsa!

Bagaimanapun, tidak lama lagi kerajaan Malaysia akan mewujudkan akta khas bagi melindungi hak dan kebajikan warga emas.

Kenyataan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam di ibu negara selepas beliau mengerusi mesyuarat perundingan bagi golongan warga tua.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, keluarga dan Masyarakat berkata, akta ini juga bertujuan untuk mewujudkan sistem sokongan yang efektif bagi warga emas.

Apabila dilaksanakan, mana-mana individu termasuk ahli keluarga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabit bersalah mendera atau mengabaikan warga emas atau ibu bapa mereka.

Tambahan pula, akta ini akan membuka mata orang ramai akan deskriminasi terhadap umur dan memastikan warga emas mendapat hak mereka untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan kerajaan.

Walaupun beliau belum lagi menetapkan bila undang-undang ini akan dikuatkuasakan, ada sumber yang mengatakan bahawa ia dijangka akan terlaksana dalam masa dua tahun lagi.

Persekitaran yang selesa

Foto: NSTP/Malai Rosmah Tuah

Dr Wan Azizah juga mendedahkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang bekerjasama dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) untuk membangunkan ‘bandar mesra-usia’.

“Tujuan utama projek ini adalah untuk menggalakkan warga tua supaya menyertai aktiviti perancangan bandar moden, selain mewujudkan persekitaran yang sihat bagi mereka,” katanya.

Sebanyak 29 pusat aktiviti baharu akan diwujudkan untuk melaksanakan projek terbabit.

Sehingga kini, sebanyak RM3 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tujuan itu, dan daripada jumlah itu RM80,000 lagi akan dimanfaatkan untuk menambah baik kemudahan serta membeli peralatan baharu untuk pusat aktiviti yang sedia ada, manakala RM33,333 untuk operasi.

Kesimpulannya, jawatankuasa perundingan ini akan memastikan yang warga emas di Malaysia akan menerima hak mereka yang sepatutnya.

Sumber: World Of Buzz, New Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Nov 2021

Gadis Tetap Gembira Walaupun Hanya Tunang Secara Ringkas & Santai Di Restoran

Kisah romantik seorang lelaki yang melamar teman wanitanya di sebuah restoran pernah tular di laman TikTok pada bulan lalu. @aidilriza_ Dulu lapar tapi sekarang dah kenyang. Dulu takde drip tapi sekarang berenang, dulu single, sekarang […]

Trending Thu, 29 Apr 2021

Syafie Naswip Kongsi Cabaran Jadi Rider Di Bulan Ramadan Semasa PKP

Disebabkan penularan wabak COVID-19, ramai rakyat marhaen macam kita ni tengah susah kerana kehilangan sumber pendapatan. Pelakon terkenal macam Syafie Naswip pun terjejas sebab banyak ‘job’ yang kena cancel. Haa.. Tapi Syafie selamba je pilih […]

Trending Mon, 18 Jan 2021

PKP 2.0: KWSP Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 Bagi Kategori 2

Kalau korang nak tahu bila pembayaran pendahuluan dibuat, wajib baca artikel ni!