Trending By: Aisyah Badrul June 2, 2020 @ 4:18pm

Kerajaan sedia peruntukan tambahan BPN RM1.5 bilion, Rayuan permohonan BPN diumum pada….

Untuk makluman, permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa ketiga akan diumumkan pertengahan bulan ini dengan bayaran sekaligus dibuat bermula akhir bulan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ,Menteri Kewangan menjelaskan bahawa pihaknya ingin mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang sanggup bertugas pada hujung minggu lalu untuk memudahkan proses orang ramai mengemukakan dokumen sebelum proses rayuan BPN ditutup.

Tempoh permohonan antara 11 dan 31 Mei lalu telah mencatatkan sebanyak 170,000 rayuan dan akan disemak secara manual.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga mengucapkanterima kasih kepada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang bertugas pada hujung minggu lalu untuk membolehkan orang ramai mengemukakan dokumen sebelum proses rayuan BPN ditutup.

“Sehingga kini, jumlah penerima BPN dari kumpulan pertama hingga ketiga adalah dianggarkan seramai 10.77 juta, membabitkan peruntukan sebanyak RM11.5 bilion.

“Ia adalah peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya dalam perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej Prihatin di Facebook rasminya, hari ini.

Menurut beliau lagi, terdapat tiga kumpulan penerima BPN iaitu kumpulan pertama yang meliputi 8.3 juta penerima menerima bayaran secara berperingkat dalam fasa pertama dan kedua.

Sehingga 31 Mei lalu, seramai 7.93 juta penerima menerima bayaran berjumlah RM5.56 bilion pada fasa pertama manakala bagi fasa kedua pula, seramai 7.9 juta individu menerima bayaran berjumlah RM3.55 bilion.

Selebihnya adalah mereka yang belum lagi menuntut bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk mereka yang belum menuntut BPN ini, korang boleh berbuat demikian sehingga 31 Mei ini.

sehingga 31 Mei, seramai 2.08 juta penerima menerima bantuan BPN yang dibuat secara sekaligus berjumlah RM1.57 billion manakala pembayaran kumpulan ketiga pula adalah untuk mereka yang membuat rayuan pada tarikh 11 sehingga 31 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 22 Jul 2018

Jom Kenali 4 Selebriti Wanita Tempatan Popular Dengan Bakat Melukis Luar Biasa

Bukan saja cantik dan berbakat, Anzalna Nasir, Emma Maembong, Tiz Zaqyah dan Shila Amzah juga handal melukis.

Trending Wed, 17 Jul 2019

“Gotta Tapao Them All” — Every Sabahan and Sarawakian to Gardenias Before Flying Back From Peninsular

Apparently Uncle Slocumm’s recipe is considered a luxury in East Malaysia? Are the rumours trumors?

Trending Mon, 12 Oct 2020
Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Featured Tue, 26 Apr 2022
Featured Wed, 13 Apr 2022