Trending By: Syafiqa Irdina March 24, 2020 @ 12:47pm

Kerajaan Setuju Harga Topeng Muka Dan Hidung Bawah RM2, Rakyat Kini Boleh Bernafas Lega

Kita bersetuju dengan harga siling topeng muka yang ditetapkan dengan harga RM2 adalah terlalu tinggi.

Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ketika sidang media khas COVID-19 yang diadakan pada 22 Mac yang lepas.

 

 

Katanya, penurunan harga bawah RM2 dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan banyak rungutan mengenai harga penutup mulut dan hidung yang dikatakan tinggi.

Katanya juga, Perdana Menteri tidak bersetuju dengan harga terlalu tinggi dan perbincangan bersama  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan dibuat segera untuk melihat semula dari harga tersebut.

 

“Kalau boleh harga akan diturunkan lebih banyak lagi, mungkin diturunkan sehingga paras yang ditetapkan lebih awal lagi. Tiada sebab mereka nak menaikkan harga kerana pihak kerajaan telah pun bersetuju untuk menghapuskan duti import untuk pembelian topeng muka ini,” kata Dato’ Sri Ismail Sabri.

 

Diharapkan dengan penetapan harga terbaharu topeng muka yang akan diberitahu nanti dapat meringankan beban rakyat serta membantu semua yang memerlukannya.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

 

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Jun 2021

Kaji Semula SOP Jika Kes Harian Turun Bawah 4,000 – Ismail Sabri

Hurmmm.. korang rasa OK ke nak longgarkan semula SOP????

Trending Wed, 3 Apr 2024
Trending Sun, 22 Jul 2018

Jom Kenali 4 Selebriti Wanita Tempatan Popular Dengan Bakat Melukis Luar Biasa

Bukan saja cantik dan berbakat, Anzalna Nasir, Emma Maembong, Tiz Zaqyah dan Shila Amzah juga handal melukis.

Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???