Trending By: SGMS Enal August 4, 2019 @ 1:22pm

Kerana Berlian RM1.3 Juta Rakyat Malaysia Ditahan Di India

Seorang lelaki Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai pada Sabtu kerana cuba menyeludup masuk berlian bernilai 22.5 juta rupee (RM1.34 juta) ke India.

Pegawai Unit Perisikan Udara India (AIU) menyoal siasat lelaki berusia 48 tahun itu setelah tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur dan menjumpai uncang mengandungi berlian dalam bagasinya.

Mereka bertindak atas maklumat bahawa batu permata itu mungkin diseludup dari Malaysia, kata AIU dalam satu kenyataan.

Dua uncang putih ditemui di dalam pakaiannya manakala lapan uncang lagi disembunyikan dalam periuk di dalam bagasinya yang didaftar masuk.

Kesemua 10 uncang itu mengandungi 55 kantung kecil berzip di mana berlian berkenaan disembunyikan.

Polis India menyiasat lebih lanjut perkara itu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Saravanan Karathihayan kepada Bernama pada Ahad.

Lelaki itu memberitahu pihak berkuasa India bahawa dia sepatutnya menghantar berlian itu kepada seseorang di luar lapangan terbang.

Namun, tiada sesiapa yang datang mengambil barangan itu apabila dia dibawa keluar dari lapangan terbang sambil diperhatikan oleh pihak polis dari jarak tertentu.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

Featured Wed, 16 Feb 2022
Featured Fri, 29 Apr 2022
Trending Mon, 27 Jul 2020

PKP Bakal Dilaksanakan Jika Kes Cecah 3 Angka

Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia!

Trending Mon, 1 Mar 2021
Trending Tue, 4 May 2021
Trending Wed, 13 May 2020