Trending By: SGMS Enal April 20, 2019 @ 12:22pm

Kerana Kekasih Facebook Wang Hantaran RM60,000 Lesap

Seorang penjawat awam bukan sahaja kehilangan wang hantaran berjumlah RM60,000 bahkan kekasih Facebook yang dikenali sebagai ‘Aishah’ juga menghilangkan diri gara-gara terpedaya dengan skim ‘love scam’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa lelaki berusia 28 tahun itu dari Sibu mula mengenali mangsa melalui Facebook sebelum berhubung melalui whatsapp dan daripada hubungan tersebut, mangsa telah mengajak suspek untuk berkahwin.

“Suspek telah bersetuju untuk berkahwin dengan mangsa. Walau bagaimanapun, suspek telah meminta mangsa untuk memasukkan sejumlah wang terlebih dahulu sebagai wang hantaran.

“Justeru, mangsa telah beberapa kali membuat transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM60,000 ke satu akaun atas nama individu yang tidak dikenali sejak November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lebih perit, menurut Mustafa, sumber kewangan mangsa adalah hasil wang pinjaman peribadi dari sebuah institusi kewangan dan mangsa menyedari telah ditipu setelah kekasih facebooknya tidak dapat dihubungi pada satu hari sehingga kini.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan di Bintulu, seorang mekanik kerugian RM32,350 setelah terpedaya dengan tawaran pinjaman wang dari sebuah syarikat melalui Facebook.

“Mangsa telah berhubung dengan seorang lelaki melalui whatsapp kerana mangsa ingin membuat pinjaman wang berjumlah RM40,000 dan lelaki itu mengaku beliau adalah eksekutif kewangan syarikat yang menawarkan pinjaman wang.

“Suspek mengatakan pinjaman wang boleh diluluskan dengan syarat mangsa perlu membuat beberapa pembayaran terlebih dahulu dan mangsa telah membuat pembayaran wang keseluruhan berjumlah RM32,350 ke enam akaun bank berlainan nama sebanyak 11 transaksi,” kata Mustafa.

Mustafa berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sumber : BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Jul 2021

“Sihat Dan Sakit Ni Allah Yang Tentukan…” Hafiz Suip Jawab Teka Teki Berkenaan Masalah Kesihatan

Semoga Hafiz baik-baik saje.. Rindu tengok Hafiz kat stage nyanyi ♡

Trending Fri, 23 Mar 2018

Cinta Neelofa Dan Hans Isaac Berputik Semula? Ini Komen Neelofa

Sejak itu, tiada berita langsung tentang hubungan mereka sampailah Sabtu lepas apabila mereka berdua dilaporkan telah pergi menonton konsert John Legend di Genting Highlands bersama.

Featured Tue, 11 Oct 2022

Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama Seperti Wafariena – “Siapa Nak Tanggungjawab?”

Hmm siapa tak sayang nyawa kan? Semoga perkara ini ada jalan penyelesaiannya

Featured Tue, 7 Jun 2022

Kes Jenaka R*g*l Dalam Kelas, 75 Ahli Parlimen Desak Peguam Negara Tarik Balik Pembelaan, Mohon Institusi Pendidikan Lebih Tegas

Susulan kes jenaka rogol yang tular sejak tahun lalu membabitkan seorang guru, hari ini seramai 75 orang ahli parlimen pembangkang mendesak agar Peguam Negara menarik balik pembelaan terhadap guru tersebut bersama bekas pengetua sekolah terbabit

Trending Sat, 9 Nov 2019

Pesawat Bawa Racun Serangga Terhempas!

Nasib baik juruterbang selamat, kalau tak …

Trending Tue, 28 Jul 2020

| Live TV