Trending By: Salma Syahbuddin November 27, 2018 @ 12:33pm

Kerana Langgar Kontrak RM4 Billion, Genting Keluarkan Saman Buat Walt Disney

Nampaknya pihak kasino Genting Malaysia Berhad mengenakan tindakan tegas terhadap Walt Disney dan Twenty -First Century Fox Inc atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema menggunakan jenama Fox dengan mengenakan tuntuan saman sebanyak AS$1 billion bersamaan  RM4.19 bilion. 

Menurut pihak Genting, Fox dengan bantuan Disney melanggar kontrak yang telah dimeterai pada 2013 lalu bersama Fox Entertainment Group (FEG) untuk memberi lesen kepada Fox World membina pertambahan kepada kompleks Resort World Genting. Dan, Fox merancang penangguhan beberapa tahun bagi kontrak berkenaan menjalani rundingan semula. 

Dalam aduan tersebut, Disney adalah pihak yang membuat keputusan dan ingin menamatkan kontrak terbabit dengan alasan kerjasama dengan syarikat perjudian tidak memenuhi strategi ‘mesra keluarga’ jenama tersebut. Manakala, Fox mengeluarkan notis tindakan bertujuan dapat menamatkan kontrak terbabit  demi kepentingan dan faedah sendiri. 

Sumber : Google

” FEG tidak berhak untuk menamatkan perjanjian ini dan Fox serta Disney haruslah bertanggungjawab terhadap kerugian berbilion dolar itu.” 

Genting telahpun membuat pelaburan berjumlah AS$750 juta (RM 3.1 bilion) dalam syarikat Fox World.

Disney dan jurucakap Twentieth Century Fox Film Dan Berger enggan memberikan sebarang komen berhubung isu terbabit.

Namun, saman yang difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles ketika Disney sedang menyempurnakan pembelian aset Fox yang bernilai AS$71.3 bilion atau RM298 bilion yang dijangka selesai menjelang suku pertama tahun 2019.

 

Sumber : BH Online

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023
Trending Tue, 15 Mar 2022

Amaris Mahu Bantu 100 Artis Veteran, Penuhkan 1,000 Peti Ais Sempena Ramadan

Pelakon Putra Amaris menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 2,000 orang golongan asnaf dan memerlukan, termasuklah 100 artis veteran pada bulan Ramadan ini. Bekerjasama dengan Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasar), program Infaq Ramadan #SamaSamaKenyang […]

Trending Wed, 14 Oct 2020
Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf […]

Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Hiburan Thu, 14 Sep 2023