Trending By: SGMS Enal September 7, 2019 @ 11:51am

Kerana Mengandung Di Belasah Teman Lelaki

Seorang remaja perempuan yang hamil lima bulan cedera selepas dibelasah tiga lelaki termasuk oleh teman lelakinya dalam kejadian di Setapak di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi apabila remaja berumur 18 tahun itu dibawa oleh teman lelakinya ke lorong belakang sebuah kolej, sebelum dia dipukul oleh teman lelakinya bersama dengan dua lagi rakannya dengan objek keras.

Beliau berkata remaja yang cedera di bahagian muka itu kemudiannya ditinggalkan oleh ketiga-tiga suspek di lokasi kejadian, sebelum dibawa oleh bapanya ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan selepas menerima maklumat anaknya cedera dipukul.

“Hasil pemeriksaan mendapati remaja itu hamil lima bulan dan perkara itu tidak diketahui oleh keluarga termasuk bapanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rajab berkata siasatan mendapati remaja itu dipukul kerana sering mendesak teman lelakinya, yang dikenali sebagai ‘Atan’, yang berumur 18 tahun, untuk bertanggungjawab terhadap kandungannya.

Susulan kejadian, polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu pada hari Isnin serta Rabu lepas, dan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 8 Jan 2021
Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Trending Fri, 4 Oct 2019

Bayi Maut Kepala Terkena Kipas Siling

Bapa Tiri Dakwa Tak Sengaja Lambung Anak

Featured Tue, 20 Jun 2023
Trending Mon, 19 Feb 2024
Featured Thu, 8 Sep 2022