Trending By: SGMS Enal July 26, 2019 @ 3:33pm

Kerana Video Magik, Untungnya Tuan Badan

Bayangkan impian bertemu dengan sang idola tiba-tiba menjadi kenyataan. Agak-agak apa rasanya?

Impian seorang anak muda berusia 23 tahun untuk bertemu dengan Zach King , personaliti youtube yang terkenal dengan idea2 video dan filem berunsur magic (silap mata), menjadi kenyataan apabila Zach King tiba-tiba membalas mesej dari beliau!

Ceritanya bermula apabila Mohamad Sofian memuat naik video hasil ciptaan dan suntingan sendiri, dia telah men’tag’ Zach King melalui akaun twitternya. Hasilnya, Mohamad Sofian tiba2 menerima balasan:

“Hey kawan, awak ada di negara mana?” Saya tidak pasti jika awak dari Indonesia, sebabnya esok saya pergi sana dan kalau awak ada di Jakarta,  saya dengan senang hati mahu bertemu awak.”

Kalau ada yang tertanya-tanya sehebat apa video Sofian itu, sehingga menarik perhatian Zach King, boleh melawat laman instagram beliau di @sofyank96

Yang lebih menarik lagi, ada pula netizen/warga twitter bernama Farhan Zulkefly yang mencadangkan Syed Saddiq untuk membantu merealisasikan impian Sofian bertemu Zach King di Jakarta, Indonesia.

“Hi Syed Saddiq. Zach King merupakan seorang ‘digital creator’ terkenal dunia tawarkan diri untuk berjumpa seorang seorang anak muda Malaysia, Sofyan,” tulisnya. Tambahnya lagi,

“Harap kerajaan dapat sokong Sofyan dari segi kewangan untuk jumpa idola beliau di Indonesia esok,” katanya yang turut memuat naik contoh video remaja Kelantan tersebut. Seperti yang dijangkakan Syed Saddiq menyambut baik dan terus bertanya bagaimana belia boleh berhubung terus dengam Sofian.

Wow! Kami di XTRA turut berbangga dengan kejayaan anak muda ini. Teruslah berkarya dan mungkin satu masa nanti Sofian boleh setaraf Zach King! Amin…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Haqiem Rusli Kena Beguk, Isteri Minta Tips Redakan

Alamak, sakitnya kena beguk! Get well soon Haqiem!

Featured Thu, 19 Jan 2023

Hidap Sindrom ADHD & Cepat Lupa, Diana Danielle Jadikan Al-Quran Dan Solat Sebagai Sumber Rujukan

Bagusnya dapat suami yang sentiasa mengingatkan perkara-perkara baik💖

Hiburan Fri, 13 May 2022

| Live TV