Trending By: SGMS Faida July 4, 2018 @ 8:47am

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Jabatan Imigresen Malaysia telah membatalkan pasport milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada 15 Jun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk  Seri Mustafar Ali berkata, pembatalan itu dilakukan atas permintaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana,” katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Dalam pada itu, Mustafar berkata, pihaknya mengesahkan bahawa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ke luar negara dengan menggunakan ‘jalan tikus’.

“Sudah pastinya dalam hal ini, Jamal menggunakan jalan tikus melalui Tanjung Balai, Indonesia. Dia  ditangkap di Jakarta Selatan dan pegawai saya di Jakarta juga telah menyerahkan laporan kepada saya.

“Dia yang kini ditahan pihak berkuasa Indonesia bakal dihantar pulang ke Malaysia dan pihak kami akan mendakwanya atas kesalahan imigresen yang berkaitan,” katanya.

Dua hari lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Bekas calon ketua pemuda Umno itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Jamal, yang melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu, didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 31 Jan 2018

Cikgu-Cikgu Dah Tuntut Pencen ke Belum?

Panggilan untuk semua pesara guru di Malaysia! Ini kerana kira-kira RM13.6 juta dalam tabung pencen pesara guru masih belum dituntut sejak 2007.

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022

Tunai Janji, Anwar Ibrahim Tolak Gaji Perdana Menteri – “Saya Ingin Pulihkan Keyakinan Rakyat”

Pelantikanan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh telah mendapat liputan meluas dari dalam dan juga luar negara. Sudah menjadi simbolik untuk pemimpin mengotakan janji manifestonya setelah diberikan mandat untuk […]

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Wed, 17 May 2023
Trending Fri, 16 Mar 2018

Tewas Dek Bisa Si Tedung…Al-Fatihah

Beliau mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Featured Fri, 1 Sep 2023

“Selagi Boleh, Masukkan Je Semuanya!” – Ain Edruce Mengaku Jadikan Keluarga Sebagai ‘Content’

Selagi boleh angkut, angkut je Ain! Yang penting content Ain tak pernah tak kelakar🤣🤣🤣