Trending By: Salma Syahbuddin September 18, 2020 @ 6:27pm

Kes Kembali Meningkat, Covid-19 Catat 95 Kes & 1 Kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 10,147 dengan jumlah aktif 754.

Dan ini menunjukkan peningkatan jumlah kes baharu positif Covid-19 sehingga 95 kes membabitkan 91 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Babitkan warga tempatan & asing

Terkini #COVID19Malaysia 18 Sept 2020Kes sembuh=14Jumlah kes sembuh= 9,264Kes positif= 95(kes import=4, kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, September 18, 2020

Kes penularan tempatan membabitkan 68 warganegara dan 23 warga asing, manakala bagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara pula kesemuanya membabitkan warga asing.

” Sehingga kini seramai 11 individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua daripadanya masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya 

91 kes penularan adalah di Sabah

Laporan terperinci kes baharu #COVID19 18 Sept. 95 kes – 91 kes tempatan, 4 import. Kes tempatan – 68 warganegara, 23 bukan warganegaraKes import – 4 bukan warganegara

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, September 18, 2020

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 14 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 9,264 kes bersamaan 91.3 peratus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Oct 2021
Featured Fri, 12 May 2023
Trending Sat, 26 Jun 2021
Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Thu, 23 Nov 2017

Tren 12 Gerabak Bawa Muatan Kargo Terbalik

Sebuah tren kargo tergelincir di stesen Bank Negara sekitar 5.15 pagi ini terganggu di laluan KTM dan ETS

Trending Tue, 20 Feb 2018

数钱能减轻疼痛?大家还不快数红包钱

有一些科学上的研究,虽然看起来好笑,但却能揭露你不敢相信的真相例如,中国有专家曾经透过实验发现,数钱可以减轻疼痛。