Trending By: Salma Syahbuddin September 1, 2020 @ 12:15pm

Kes Positif Baharu Covid-19 Dari Kluster Bunga Dikenalpasti

Satu lagi kluster baharu dikenalpasti membabitkan kru sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat daripada 34 kru kapal itu telah disahkan positif wabak berkenaan. Manakala, 6 dari lagi negatif dan baki 24 orang lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan.

Babitkan 2 rakyat Malaysia

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kru kapal terbabit berkemungkinan mendapat jangkitan di luar negara berdasarkan sejarah perjalanan mereka.

Dalam kluster Bunga yang membabitkan dua rakyat Malaysia dan dua lagi warga asing ini, kesemua mereka pada mulanya tidak bergejala sehinggalah dikesan positif dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut.

Babitkan Kluster Tawar dan Kluster Telaga

Selain itu, dua daripada enam kes baharu Covid-19 yang direkodkan pada Isnin, adalah satu bagi Kluster Tawar dan satu lagi dalam Kluster Telaga, dengan kedua-dua kes tersebut dikesan di Kedah.

“Satu kes baharu (kes ke-9340) bagi Kluster Telaga di Kedah pula mula dilaporkan pada 30 Ogos, dengan dua kes positif membabitkan kakitangan hospital (kes ke-9284 iaitu kes indeks dan kes ke-9334)”

” Hasil siasatan lanjut mendapati terdapat dua lagi kes positif COVID-19 yang dilaporkan sebelum ini (kes ke-9306 dan kes ke-9291), didapati juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks” Katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Jun 2023
Trending Thu, 29 Mar 2018

女子马路中央按手机 暴怒老外连人带车处理

停在马路中央不仅堵塞交通,也非常危险。最近,一段特别的影片在网路上疯传,影片中,一名骑机车的女子突然停在繁忙的马路中央,开始讲电话……

Trending Sat, 25 Nov 2017

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah,

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah, Antara Serangan Paling Teruk Dalam Sejarah Mesir

Trending Thu, 23 Jun 2022
Featured Mon, 3 Apr 2023

[VIDEO] Anak Tertumpahkan ‘Cutex’ Pada Seluar & Baju Jenama Terkenal, Tomok Bayar Ganti Rugi Cecah Lebih RM5,000… Syukur Ada Yang Beli Semula!

Allahuuu banyak tu lebih RM5 ribu 😭😭😭 Syukurlah ada yang beli semulaa… Anak oh anakk 🤣 Sabar ya Tomok

Selebriti Tue, 4 Jul 2023