Featured By: Ad Ops April 18, 2020 @ 5:32pm

Kes sembuh meningkat bukan ‘lampu hijau’ untuk masyarakat langgar PKP

Peningkatan kes sembuh COVID-19 sebanyak 2,967 setakat 17 April 2020 bukan ‘lampu hijau’ untuk orang ramai mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kenderaan yang berada di jalan raya sejak fasa tiga PKP semakin meningkat dengan 1,565 individu ditahan kerana mengingkari PKP pada Jumaat berbanding 1,057 hari sebelumnya.

“Sebanyak 816 operasi sekatan jalan raya dilakukan di seluruh negara semalam membabitkan 585, 250 kenderaan diperiksa. Ini bermakna jumlah kenderaan semakin meningkat dan banyak lagi kenderaan di atas jalan raya.

sekatan jalan raya sepanjang PKP

Kredit gambar: NSTP/ Azren Jamaludin

“Saya ingin menegaskan bahawa selagi PKP tidak ditamatkan, perintah dan hukuman dari segi akta masih terus berjalan seperti biasa. Tiada kompromi dan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa sahaja yang mengingkari perintah,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat menteri kanan mengenai pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Semalam, seramai 544 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP dan tangkapan kumulatif sehingga semalam adalah sebanyak 13,639 kes.

Selasa lalu, Kerajaan mengumumkan sepanjang fasa tiga PKP polis tidak lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari PKP, sebaliknya individu yang ingkar akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.

fasa tiga perintah kawalan pergerakan

Kredit gambar: BERNAMA

Ismail Sabri berkata, meskipun kes baharu positif COVID-19 semakin berkurangan, jumlah yang dikesan belum mencapai sifar sekali gus menunjukkan kebolehjangkitan dalam komuniti tetap ada.

“Kalau kita sudah nampak kejayaan hasil daripada PKP yang diperkenalkan, maka kita sepatutnya membantu Kerajaan untuk memastikan negara mencapai sifar kes positif COVID-19.

“Sehubungan itu, orang ramai perlu mematuhi PKP dan elakkan melakukan pergerakan untuk memastikan akhirnya kita sifar positif dan boleh tamatkan PKP,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Mar 2019

Ingin membeli barang kemas pada harga mampu milik? Nazrin Jewellery ada jawapannya

Dapatkan pelbagai rekaan aksesori emas pada harga murah

Trending Sat, 13 Feb 2021

“Sebelum Ni Kan Selalu Happy Je” – Kaka Azraff Throwback Kenangan Putus Cinta Gara-Gara…

Penyanyi Kaka Azraff mendedahkan dia mengimbas kenangan pahit sewaktu bercinta untuk menjiwai lagu duet terbarunya yang berjudul Karma. Gabungan Kaka bersama bintang Brunei yang popular di Indonesia, Jaz kian mendapat perhatian ramai kerana lagu itu […]

Featured Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Trending Thu, 3 Dec 2020
Trending Wed, 21 Apr 2021

“Bulan Puasa Bulan Paling Sibuk” – Fazley Yaakob

“Jujur saya katakan, jadual saya rangka dua minggu awal. Ada sahaja aktiviti yang saya lakukan setiap hari,” kata penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengenai aktiviti hariannya dalam merencana kerjaya. Menurut Fazley, kesibukannya bertambah […]