Categories: FeaturedTrending

Kes Zayn Rayyan: Ibu Mangsa Hanya Beri Keterangan, Tak Buat Sebarang Pengakuan

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dilaporkan tidak membuat sebarang pengakuan sebaliknya hanya memberi keterangan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, peguam mewakili ibu Zayn iaitu Mahmud Jumaat memaklumkan bahawa hari ini adalah permohonan polis untuk merekod pengakuan bersalah Orang Yang Disyaki (OYDS) mengikut Seksyen 26 (1) Akta Keterangan.

Walaubagaimanapun, perkara itu dibantah kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Malah, Mahmud juga berkata yang anak guamnya tidak membuat sebarang pengakuan dan perkara itu direkodkan oleh Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan di hadapan majistret, sebaliknya dia hanya memberi keterangan,” jelasnya.

Pagi tadi, ibu Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah untuk merekod keterangan dan meninggalkan Kompleks Mahkamah pada 12.50 tengah hari.

Ibu Zayn dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan dikawal ketat oleh pihak polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan agensi penguatkuasaan itu.

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Keluarga Harap Ada Berita Gembira Esok – “Kita Sama-Sama Tunggu”

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Peguam Maklum Ibu Bapa Mangsa Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan

Artikel Berkaitan: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

Artikel Berkaitan: Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Polis 

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari