Trending By: Salma Syahbuddin August 30, 2021 @ 5:29pm

“Khurafat Lagi Mengarut!” – Isu Gugat Keselamatan Negara & Sebar Fahaman Sesat, Ini Penjelasan Pakar…

Susulan seorang wanita berusia lingkungan 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur yang kini viral mendakwa, kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan kini sedang memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Bagaimanapun, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr MAZA berkata, ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dibawa wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam, Selangor itu  dianggap sebagai mengarut dan khurafat.

“Satu dakwaan yang dilihat mengarut lagi khurafat.

Menurutnya, mimpi di dalam Islam sememangnya diiktiraf dan diakui menerusi beberapa dalil namun ia hanyalah  membabitkan orang soleh dan bukannya dakwaan mengarut yang dikatakan wanita berkenaan.

Malah, beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan Mufti Perlis mempunyai maklumat berhubung pergerakan kumpulan itu termasuk mengenal pasti ketua-ketua ajaran ini.

 

Sittah Annur mempunyai ribuan pengikut

 

Tambahnya lagi, kumpulan yang dinamakan sebagai Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) ini mempunyai ribuan pengikut yang terdiri daripada golongan intelek.

Bahkan, pengikut mereka juga turut menggunakan pelbagai platform media sosial untuk menyebarkan fahaman khurafat mereka.

Ini termasuklah, ada segelintir pengikut mereka yang sudah menjual rumah, membina rumah di dalam hutan dan sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan akhir zaman dengan membeli peralatan seperti anak panah.

“Kumpulan ini bukan seratus, dua ratus pengikut, mereka ada ribuan pengikut termasuk menggunakan pelbagai platform media sosial untuk menyebarkan fahaman khurafat mereka.

“Mereka (pengikut kumpulan PMYT) ini bergantung kepada mimpi wanita berkenaan yang membuat pelbagai ramalan terutama membabitkan kiamat.

“Ada dalam kalangan pengikut mereka yang sudah menjual rumah, membina rumah di dalam hutan, korek tanah untuk jadikan kubu dan bermacam lagi termasuk untuk memulakan perjalanan ke Syam bersama dengan Imam Mahdi,” katanya.

 

Tindakan tegas & laporan polis akan dibuat

Sumber Foto: Yusmizal Dolah Aling

Justeru itu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang juga sedang membanteras sebarang unsur ajaran sesat yang dibawa wanita ini.

Dan pihaknya tidak akan berkompromi dan memanggil wanita berkenaan jika didapati dia cuba menyampaikan ajarannya di negeri itu.

“Jika ada bukti, Jabatan Mufti akan memanggilnya untuk bersoal jawab. Jika apa yang diajarnya didapati menyeleweng daripada akidah atau syariat Islam berdasarkan kefahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka dia akan dinasihat supaya bertaubat dan tidak menyebarkan ajaran sesat berkenaan.

“Bagaimanapun jika dia berdegil dan meneruskan juga penyebaran ajaran itu, dia akan didakwa di Mahkamah Syariah mengikut undang-undang sedia ada,” Jelasnya.

Terbaharu, tiga badan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini susulan ajaran dari kumpulan PMYT tersebut.

Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata, pihaknya terpanggil membuat laporan berkenaan kerana bimbang dengan ancaman keselamatan yang ditimbulkan dakyah terbabit.

” Ia adalah satu perkara yang serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa memandangkan wujudnya elemen seruan berperang yang dibawa pengasas PMYT.” Katanya.

Pada Ahad,  Harian Metro melaporkan Sittah Annur mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW serta merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Dec 2021

Netizen Puji Mesej Anti-Buli Dendam Penunggu… OST Nyanyian Khai Bahar Pun Best!

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA yang mengangkat tema anti-buli. Antara barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem ini adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil dan ramai lagi. Sedang hangat […]

Featured Fri, 4 Nov 2022

“Tak Lama Lagi Rumah Aku Dengan Office Buat Showroom Je Lah…” – Isteri Bebel Achey Beli Motor Lagi

Bebelan isteri kepada pelakon dan pelawak Achey, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne meraih perhatian warganet. Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok milik Anne, Achey ‘dimarahi’ ketika sedang melakukan urusan pembelian […]

Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Jejaka kacukan Arab & Melayu itu kini muncul dengan single Iktiraf.

Trending Sat, 11 May 2019

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Maut Digilis Treler

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Terlajak Hingga Ke Jalan Maut Digilis Treler

Cahaya Mata Sat, 15 Jul 2023
Featured Thu, 10 Mar 2022
Trending Tue, 12 Jan 2021

KKM Umum Varian Terbaharu Covid-19, UK B.1.1.7 Di Kesan Di Malaysia

Semoga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi