Trending By: Ad Ops January 4, 2019 @ 11:00am

Kim Kardashian & Kanye West Kini Sedang Menanti Kelahiran Anak Mereka Yang Ke-4!

Pasangan popular dunia, Kim K dan Kanye West dilaporkan akan menambahkan seorang lagi ahli ke dalam keluarga mereka. Yay!

Tapi jangan harap nak lihat baby bump pada badan Kim, okay? Seperti untuk kelahiran anak bongsu mereka Chicago awal tahun lalu, Kim dan Kanye telah memilih untuk menggunakan ibu tumpangan.

Menurut laporan, zuriat Kimye yang akan datang ini ini merupakan embrio mereka yang terakhir, dan pasangan ini akan menggunakan ibu tumpangan yang sama.

Berita baik ini telah dikongsikan kepada Us Weekly semalam, dan pastinya para peminat Kardashian-West tertanya-tanya tentang jantina serta due date kandungan tersebut.

Jangan risau, di sini ada jawapannya! Zuriat pasangan ini merupakan seorang bayi lelaki dan akan “tiba” pada awal bulan Mei.

Setakat ini Kim dan Kanye sudah mempunyai tiga orang cahaya mata, iaitu North, 5, Saint, 3 dan Chicago, 11 bulan.

Foto: Instagram @kimkardashian

Menurut sumber yang telah memberitahu People, Kim dan Kanye pada mulanya tidaklah tergesa-gesa untuk ada seorang lagi anak. Tapi mereka pernah berbincang tentang perkara ini dan Kim memang nak 4 orang anak.

Sumber ini juga mendedahkan yang Kim hanya ada kata-kata positif bila ditanya tentang ibu tumpangan pilihannya dan kerana itu, dia akan meminta pertolongannya lagi jika boleh.

Kim juga sebelum ini pernah mendedahkan tentang kesukarannya ketika mengandungkan North dan mendokumenkan proses tersebut dalam rancangan Keeping Up With The Kardashian.

Katanya dia telah mengalami komplikasi pre-eclampsia yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Dia juga telah melalui placenta accreta ketika hamil dengan North dan Saint. Masalah ini berlaku apabila plasentanya melekat sangat kepada dinding uterus.

Kim berkata dia bersedia untuk membuang uterusnya selepas kelahiran Saint tapi akhirnya dia tak perlu melalui pembedahan tersebut.

Sebaliknya dia memilih untuk kembangkan keluarganya menerusi penggunaan ibu tumpangan kerana tak selamat lagi untuknya dari segi kesihatan melalui proses melahirkan anak.

Foto: Us Weekly

 

“Saya menikmati proses menggunakan ibu tumpangan ini. Saya sedar yang inilah keputusan terbaik yang saya boleh buat,” kata Kim kepada hos rancangan Live with Kelly and Ryan.

“Saya boleh luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak saya yang lebih besar dan biarkan mereka membiasakan diri dengan bayi baru.”

Sumber: Us Weekly, CNN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

Individu Dakwa Penulis Lirik Lagu Malam Pagi Tiada Iman, Kotor & Jijik

Alamak! Tapi dah jadi siulan ramai..budak sekarang pun pandai nyanyi ok!

Featured Fri, 26 Jan 2024
Trending Wed, 27 Feb 2019

Lelaki ini kongsi teknik edit gambar untuk pasangan keluar dating tanpa “third-wheeler”

Perkongsian ini telah mendapat likes sebanyak 7.3k di laman  Twitter. Menurut lelaki ini dia menggunakan aplikasi photoshop untuk mengedit bersama teman wanitanya  Ambil gambar asing-asing tetapi boleh edit nampak macam gambar dating berdua. Fuyooo.

Trending Mon, 25 Apr 2022
Featured Fri, 17 Jan 2020

Tudung dUCk kena ciplak? Vivy Yusof luah perasaan sakit hati

Hadiah paling tidak dapat dilupakan daripada ayahnya!

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Featured Tue, 7 Apr 2020
Featured Thu, 27 May 2021

Vaksin AstraZeneca Tidak Lagi Ditawarkan Secara Sukarela, Akan Kembali Kepada PICK

Berikutan permintaan Vaksin AstraZeneca yang semakin tinggi, kerajaan tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap […]

Trending Thu, 19 Jul 2018