Featured By: Attiqah Mohd May 24, 2021 @ 4:24pm

Kini Berkahwin Dengan Kerabat Brunei, Tengku Amalin Aisyah Putri Pernah Bergelar Majistret

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aisyah Putri dilihat lebih banyak menumpukan masanya terhadap keluarga dan kerjaya.

Adinda kepada Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Muhammad V dan puteri tunggal kepada DYMM Almarhum Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis ini sering menjadi perhatian kerana keperibadian anggun dan rendah diri yang dimilikinya .

Walaupun baru berusia 36 tahun, ramai yang tidak tahu bahawa Tengku Amalin Aisyah Putri memiliki kerjayanya sendiri. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat dalam bidang perundangan selama beberapa tahun.

YAM Tengku Amalin Aishah Putri juga pernah bergelar Majistret di salah sebuah mahkamah di Kota Bharu bermula dari pertengahan tahun 2006 hingga 2009.

Terbaru, menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, Tengku Amalin Aishah Putri kini memiliki firma guaman sendiri yang dibuka bersama rakan kongsinya.

Walaupun telah mendirikan rumah tangga dan kini memiliki tiga pasang cahaya mata, beliau masih tetap aktif dalam persatuan persatuan diraja dan pernah muncul di beberapa temubual ekslusif, kejayaan beliau dalam bidang perundangan juga sering  menjadi inspirasi buat wanita di luar sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Jan 2019

McDonald’s Celebrates Chinese New Year by Visiting Over 60 Old Folk’s Home

That’s how one should showcase the true meaning of Prosperity.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Featured Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Featured Tue, 19 Jun 2018
Trending Sat, 14 Apr 2018

Wah! Ikea Singapura Perkenal Crispy Rendang Chicken. Macam Sedap Je

Berikutan dengan penularan isu tersebut, Ikea Singapura telah memperkenalkan hidangan terbaharu mereka iaitu Rendang Chicken Wings.

error: Content is protected !!