Trending By: Padin April 13, 2021 @ 12:09pm

“Kiosk Jualan Kena Pecah Masuk, Operasi Jualan Terganggu” – Ujian Tak Halang Putra Amaris Teruskan Program Infaq Ramadan

Biarpun ditimpa ujian, pelakon Putra Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 36, tetap melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 April sehingga 20 April ini.

Menurut Amaris, dia menganggap setiap halangan yang datang merupakan satu bentuk ujian yang mempunyai hikmah disebaliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PUTRA AMARIS (@amaris.official)

“Saya diuji dengan beberapa cabaran sebelum melaksanakan program Infaq Ramadan, namun saya tetap dengan pendirian untuk meneruskan niat murni ini.

“Sebelum ini, pejabat dan kiosk jualan bisnes saya, Amaris My Tart dipecah masuk. Seterusnya, operasi jualan dalam masa dua bulan ini terganggu untuk ejen, pasukan dan stok.

“Akhirnya, dua hari sebelum program Infaq Ramadan bermula, pekerja saya pula berhenti. Saya optimis melihat ujian yang datang kerana pasti ada sinar di hujung jalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PUTRA AMARIS (@amaris.official)

“Saya tetap mahu meneruskan program Infaq Ramadan ini kerana saya yakin Allah akan membantu saya untuk melakukan kebaikan,” kata Amaris.

Tambah Amaris, program itu menyasarkan 500 keluarga asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah anak-anak tahfiz sepanjang 11 hari program dijalankan dalam bulan Ramadan.

“Selain itu, kami juga pergi ke rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan. Tapi fokus utama sepanjang Ramadan ini adalah golongan asnaf di mana kami akan pergi rumah ke rumah. Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PUTRA AMARIS (@amaris.official)

“Alhamdulillah, setakat ini sumbangan untuk 500 rumah itu sudah cukup dari segi wang ringgit, makanan dan barang keperluan harian. Cuma perlukan lebih lagi untuk teruskan bantuan. Kalau ada lebih lagi, lagi bagus dan boleh berikan lebih lagi.

“Sebenarnya kita pun tak tahu apa mereka perlukan. Apabila sampai ke tempat mereka, ada barang yang penting diperlukan. Jadi, itu antara barang tambahan yang perlu diberikan. Lebih banyak yang menyumbang dan menginfaq, lebih banyak penerima manfaat terima,” katanya.

Projek Infaq Ramadan ini turut mendapat kerjasama dari Penyet Penyet.com dan Chef Tako yang sama-sama turun padang memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin membuat infaq sepanjang bulan puasa ini dan ingin membantu program Infaq Ramadan, anda boleh salurkan sumbangan anda ke akaun SAMA SAMA KENYANG (562405646664 – Maybank).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 May 2018

Penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Di Temui Maut

Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh malam dengan kesan jerut pada leher mangsa.

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Trending Wed, 7 Nov 2018

真人版长发公主!洗头一次用光7罐洗发精

迪士尼动画系列的「长发公主」确有其人!