Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 12, 2023 @ 1:40pm

Aisyah Hijanah Sebak Kongsi Detik Terakhir Pemergiaan Kuda Peliharaan – “Kita Jumpa Lagi Anna…”

Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah menceritakan detik-detik terakhir kuda peliharaannya, Anna pergi meninggalkannya.

Menurut Aisyah, selepas sahaja dia dan suaminya, Alif Teega menamatkan siaran langsung di TikTok dan sudah ingin masuk tidur, groomer menghubungi mereka dan mengatakan bahawa Anna pengsan di hadapan kandang kuda.

Mereka terus bergegas bergerak ke kandang kuda selepas mendapat khabar bahawa kuda peliharaan mereka pengsan dan ingin melihat keadaan kuda mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

“Last night at 12 pm, Aisyah dan Alif baru lepas buat live dan dah ready nak tidur. Dah solat Isyak sama-sama and then dapat call daripada groomer katanya Anna pengsan depan stable dia. We rushed to the stable, in hope Anna can back to normal,” katanya.

Kata Aisyah, doktor memberitahunya salah satu cara untuk membantu Anna adalah Anna harus bangun walau apapun yang terjadi.

Namun setelah beberapa kali percubaan, Anna masih tidak boleh bangun dan berdiri sehinggakan doktor memberi pilihan kepada mereka sama ada mahu menunggu Anna untuk bangun ataupun ia ditidurkan untuk selamanya.

“Doktor sampai around 1 am. Doktor check heart rate dia, bagi air 4 tube. And doktor kata the only way to survive is Anna kena bangun no matter what. Anna was trying but she couldn’t. Doktor dan yang lain cuba tarik Anna untuk bantu Anna berdiri. Banyak kali cuba tapi still Anna tak boleh berdiri. Terlalu lama dia terbaring, she showed the signs of colic.

“Makin lama dia baring, dia akan start colic sampai perut dia pecah dan badan akan start berdarah.

“Doktor bagi pilihan, sama ada nak tunggu dia bangun (which is already impossible) ataupun put to sleep forever. Makin lambat kita buat decision, dia akan makin lama terbaring dan perut start mengembang and akan pecah,” ujarnya.

Tambah Aisyah lagi, dia tahu ini adalah kali terakhir dia bersama dengan Anna memandangkan keadaan Anna sangat lemah.

Disebabkan itu, Aisyah membuat keputusan untuk Anna ditidurkan buat selamanya memandangkan dia tidak mahu melihat Anna berada dalam kesakitan lagi.

“And I knew, it’ll be the last time for us. She looked so weak and unable to stand anymore. I didn’t want her to be in pain anymore. I told the doctor, I had no choice and I chose to ‘put her to sleep forever’ since we couldn’t do anything, even to make her stand back,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Aisyah turut menceritakan detik-detik terakhirnya bersama Anna sebelum Anna pergi meninggalkannya.

Kata Aisyah, dia meletakkan kepala Anna diatas pangkuannya dan sempat berbual untuk kali terakhir.

Aisyah memberitahu Anna bahawa dia menyayangi Anna dan akan selalu ada untuknya serta akan berjumpa dengannya nanti di Jannah.

“It was 4 am, the moment was unbearable. I put her head on my lap, looking directry to her eye with tears. I wanted her to know, she had me there and how much i love her. I told her, we’ll see again soon in Jannah and I wanted to ride her in there. Slowly, her breath began to drop and she’s dead on my lap,” akhirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 663,000 tontonan, 77,000 tanda suka dan lebih 1030 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Trending Thu, 14 Oct 2021

“Kalau Kurus Sihat Sangat Ke? Perut Besar, Macam-Macam Penyakit Ada!” – Tular Di Twitter, Video Penjelasan Pakar Bariatrik Ini Buka Mata Netizen

Video penerangan pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher mengenai perbandingan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi meraih perhatian warganet. Penjelasan Dr Mustafa yang terkenal […]

Fab Foodies! Wed, 8 May 2019

Serius Ke? Sajian Buffet Ramadhan Serendah RM 88 Di Dorsett Kuala Lumpur!

Wah, buffet Ramadhan RM 88 per person di Dorsett Kuala Lumpur! Jom try!

Trending Tue, 23 Feb 2021