Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 6, 2022 @ 5:47pm

Ayda Jebat, Nabil Mahir Menangis Tinggal Anak Untuk Urusan Kerja

Pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir menangis apabila terpaksa ke luar negara meninggalkan anak mereka, Ana Nayla atas urusan kerja.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @ashhryyyyy di laman TikTok, Ayda dan Nabil tidak dapat menahan air mata dan menangis ketika dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang kerana terpaksa meninggalkan Ana selama dua minggu.

@ashhryyyyyTadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju. Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa otw nak pergi airport dua dua dah melalak dalam kereta. Macam manalah rasa bila mereka yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata. Nauzubillah mintak dijauhkan, lagi lagi baru je dengar berita pasal pakcik ni anak beliau dimakan buaya. Tengok video tu sangat sedih. Anak kene gigit nyamuk pun kita kejar nyamuk tu sampai dapat ini pulak yang hilang sekelip mata. Semoga kita semua dijauhkan dan dihindarkan segala perkara buruk. Amin

♬ A sad feeling of piano solo – SOUND BANK

“Tadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik Nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju.

“Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa.

“Rupanya masa on the way nak pergi airport, dua dua dah melalak dalam kereta.

“Macam manalah rasa bila mereka yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata. Nauzubillah mintak dijauhkan, lagi lagi baru je dengar berita pasal pakcik ni anak beliau dimakan buaya.

“Tengok video tu sangat sedih. Anak kene gigit nyamuk pun kita kejar nyamuk tu sampai dapat ini pulak yang hilang sekelip mata.

“Semoga kita semua dijauhkan dan dihindarkan segala perkara buruk. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan nasib yang sama seperti Ayda dan Nabil saat ingin berjauhan dan meninggalkan anak.

“Betul, bila kami suami isteri nak dating pergilah mall, tapi rasa macam tak lengkap hidup tak bawa anak-anak. Tak turun lagi, kami patah balik ambil anak-anak baru rasa lega.

“Betul, kalau boleh sarung bantal yang anak pakai tu. Tak mau basuh dari sejak dia lahir sampai sekarang. Sebab nak kekalkan bau dia tu.

“Anak aku admit lima hari pun aku melalak, tuala yang nurse bungkus dia masa lahir tulah aku dok cium.

“Saya tinggal anak lima hari pergi event Singapore pun melalak dalam kereta. Tak sampai tiga puluh minit tinggal.

“Anak saya masuk icu hari itu tiga hari. Tapi sehari tak boleh jaga. Balik rumah cium selimut dia. Rindu dia tu kita je tahu,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Wed, 6 Nov 2019
Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Umie Aida Suruh Pembantu Rumah ‘Berambus’!

Pembantu rumah bertindak biadab dengan meninggikan suara terhadap ibunya dengan serta merta dihalau keluar

Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Birthday, Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Zainal Mercedes-Benz Bernilai RM300,000

Bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, pelakon Wawa Zainal yang ke-29, aktor dan usahawan Aeril Zafrel menghadiahkan sebuah kereta mewah. Kenderaan jenis Mercedes-Benz GLC 300 itu dianggarkan bernilai RM300,000. “Saya menghadiahkan kereta ini kepada isteri kerana […]

Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Featured Tue, 31 May 2022