“Bahagia Hati Bila Berterima Kasih Pada Allah” – Kembali Aktif, Netizen Teruja Tengok Posting Terkini Ebit Lew

Selepas terpalit dengan beberapa isu kontroversi, Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat sedikit menyepi di laman sosial miliknya.

Namun, sejak semalam pendakwah bebas ini kembali aktif di laman Instagram selepas kali terakhir memuat naik hantaran pada 21 September lalu.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, rata-rata pengikut UEL bersyukur dan teruja melihat UEL sekeluarga.

Terdahulu, UEL dan isteri dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual melibatkan dirinya.

Bagaimanapun, kes sehingga kini masih lagi dalam siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Salma Syahbuddin