Featured By: Marcella December 14, 2021 @ 12:52pm

Bahayanya! Netizen Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Bermain Di Belakang Trak Pikap Semasa Memandu

Tindakan cuai ibu bapa membiarkan kanak-kanak duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap mengundang bahaya.

Tindakan itu boleh membuatkan kanak-kanak terjatuh pada bila-bila masa, terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak.

Walaupun sebelum ini polis pernah menahan ahli keluarga yang mengabaikan keselamatan anak mereka, namun masih terdapat segelintir pihak membuat kesalahan yang sama.

Satu kejadian yang sama turut dirakam oleh pengguna Twitter bernama @BxllaAnxar, berkongsi mengenai video seorang budak lelaki dilihat ditinggalkan bersendirian di dalam cab terbuka sebuah Mitsubishi Triton.

Malah, kanak-kanak itu turut dilihat bermain dan melompat di belakang trak pikap ketika sedang hujan.

Menurut @BxllaAnxar, beberapa kenderaan lain telah membunyikan hon dan membuka tingkap bagi menegur perbuatan ahli keluarga budak lelaki itu.

Bagaimanapun, pemandu trak pikap itu tidak mengambil sebarang tindakan selepas ditegur.

“Saya tidak tahu apa dalam fikiran mak dan bapa budak ni. Sudahlah tengah hujan.

“Biarnya budak seorang diri dekat belakang kereta terlompat-lompat. Kalau jatuh sia-sia.

“Dua tiga buah kereta hon dan buka tingkap untuk jerit tegur tapi ibu bapa tak buat apa pun,” tulis ciapan di laman Twitter.

“Memang ibu bapa bengang macam ni” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan ibu bapa yang membiarkan anaknya sendirian di belakang trak pikap tanpa menghiraukan keselamatannya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 Nov 2021

Ganti Siti Nurhaliza Tahun Lalu, Shiha Zikir Gembira Dapat Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 Dengan Lagu Sendiri

Penyanyi Shiha Zikir berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 dengan membawakan lagu AEWO gandingan bersama Noki K-Clique. Shiha yang mendapat tahu berita itu bagai tidak percaya kerana kali terakhir dia membawakan lagu

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Tiada Anak Alasan Berpisah, Deja Moss Reda

Saya sedia bermadu tapi entahlah…yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Trending Thu, 15 Jul 2021
Trending Sun, 28 Mar 2021

Dijalankan Penuh Meriah Semalam, Hari Sukan Maya Pertama Malaysia Bersambung Hari Ini!

Buat kali pertama diadakan di Malaysia, hari sukan maya pertama Malaysia, Pesta Game yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A52 | A72 menyaksikan para pencipta kandungan YouTube bertanding untuk meraih kemenangan bagi rumah sukan masing-masing. Kemeriahan

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Lif Dah Siap! Tunggu Si Comel Pipi Merah Jer!

Siti terpaksa mengikuti nasihat pakar perbidanan untuk melahirkan bayi melalui pembedahan memandangkan kebiasaannya  bayi dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization” (IVF) jarang bersalin secara normal.

Trending Thu, 17 Jun 2021

“Masya-Allah, Saya Pula Nak Nangis” – Neelofa Sebak, Kagum Lihat Elyana Tetap Senyum & Ceria Dalam Kesakitan

Selebriti dan usahawan, Neelofa sebak apabila penyanyi Elyana gembira menerima hadiah pemberiannya. Menyuntik semangat Elyana yang sedang dirawat di hospital akibat kanser limfoma, Neelofa menghadiahkan koleksi tudung jenama Naelofar kepada pelantun lagu Kalis Rindu itu.

Trending Thu, 26 Jul 2018

Semua Lembaga Pengarah Khazanah Tawar Letak Jawatan

Khazanah Nasional, dalam satu kenyataan, memaklumkan tawaran itu dibuat bagi membantu memudahkan peralihan yang teratur di bawah kerajaan baharu di bawah Pakatan Rakyat.

| Live TV