Baru Berusia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Tomok Pandai Nyanyi Lagu Janji Padamu!

Anak-anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdik mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Tomok di platform TikTok yang memaparkan anak perempuannya, Siti Khadijah sedang menyanyi lagu berjudul Janji Padamu nyanyian asal kumpulan Exist.

Menerusi hantaran tersebut, Khadijah menghafal dan menghabiskan lagu tersebut dengan penuh yakin sehingga membuatkan ramai orang terkejut melihatnya memandangkan dia baru sahaja berusia dua tahun.

@tomoknewboyzawak tu baru 2 tahun tau tak? 🤣♬ original sound – TOMOK

“Awak tu baru dua tahun tau tak?” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kepandaian Khadijah menghafal lagu dan turut mengatakan bahawa bakatnya itu turun diwarisi daripada bapanya.

“Dia hafal masa dalam perut lagi hahaha.

“Jarang ya budak-budak ikut tempo, power dik.

“DNA bapa sangat hahaha. Tak payah test-test dah.

“Hey awak punya lagu baby shark tau hahaha.

“Comel! mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” komen netizen.

Malah, ada juga segelintir yang terkejut melihat Khadijah menghafal lagu ini memandangkan lagu ini merupakan lagu lama.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 571,000 tontonan, 46,000 tanda suka dan lebih 1032 komen.

Untuk info, Tomok dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arrian Shah Akid, Andra Shah Iman dan Siti Khadijah.

 

Dharnieya Nur Amelsa