Featured By: Marcella November 11, 2021 @ 1:52pm

Bengang Sampai Menggigil Tahan Marah! Wanita Sedih Bila Mekanik Bawa Lari Enjin Kereta

Kisah seorang wanita membuat lawatan mengejut ke bengkel untuk melihat kereta kesayangannya apabila mekanik kereta itu memberikan pelbagai alasan mendapat perhatian.

Apa yang mengejutkan, wanita itu tidak menyangka dia melihat bahagian dalam kereta miliknya dilarikan oleh mekanik kereta di bengkel tersebut.

@ain_jeman

Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Video yang tular di aplikasi TikTok itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ain_jeman, berkongsi mengenai kereta kesayangannya yang dibiarkan tersadai di luar bengkel bersama kereta lain.

Lebih mengejutkan apabila bahagian dalam kereta jenama Proton Wira itu kosong termasuk enjin keretanya turut dibawa lari oleh mekanik di bengkel berkenaan.

Menurut wanita itu, dia bertindak nekad untuk ke bengkel selepas mekanik memberikan banyak alasan selepas wanita itu meminta gambar perkembangan keretanya.

“Ya Allah, menggigil tahan marah tambah sedih tengok kereta macam ini, banyak kali ‘call’ dan banyak alasan dibagi. Hari ini nekad terjah bengkel, luluhnya hati saya,” katanya dalam video.

“Luluh hati Tuhan je tahu” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap mekanik yang tidak bertanggungjawab atas perbuatannya itu, malah ada juga yang ingin menghulurkan pertolongan.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 755,700 tontonan dan 37,600 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jul 2019

Lelaki Gila Seks Cabul Kanak-Kanak Di Kedai Runcit, Suspek Kini Diburu Polis

Buat para ibu bapa yang ada anak perempuan kecil, hati hati!

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

RM100K Milik Mark Adam?

Mark Adam berjaya dinobatkan sebagai Juara BBB 2018 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100K

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Yana Samsudin Terkejut Anak Buat ‘Hal’ Lagi

Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.

Featured Fri, 9 Nov 2018

Kylie & Kendall Jenner Lancarkan Rangkaian Beg Tangan, Harganya Boleh Tahan Murah!

Bolehlah dikira mampu milik untuk produk daripada selebriti antarabangsa.

Trending Wed, 30 May 2018

What if Rosmah’s Story is the Next Dukun?

It seems she dabbles in black magic.

Acara Thu, 6 Sep 2018

Bahang Perang Poster ABPBH 31 Semakin Panas!

Kuasa Undi Kini Di Tangan Anda!

| Live TV