Events By: Salma Syahbuddin April 23, 2022 @ 5:30pm

“Berdosa Peguam Bela Pihak Yang Salah… Wang Haram Lagi Buruk Dari Hasil Pelacuran” – Mufti Perlis

 

Berdosa jika seorang peguam membela pihak yang bersalah manakala menerima wang hasil pekerjaannya itu juga dianggap sebagai haram.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika menjawab pertanyaan dalam kalangan peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang kalanya terpaksa membela atau mempertahankan kes yang mereka sendiri sedia maklum tahu, berada di pihak yang salah atau zalim berkata, dosa daripada wang yang diambil daripada pihak yang salah itu adalah lebih buruk dari hasil pelacuran.

“Ini kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain,” katanya.

“Bela atas kepentingan diri atau taksub adalah dianggap berdosa…”

Tegasnya lagi, adalah menjadi prinsip dalam agama Islam untuk membela dan mempertahankan yang benar, kerana kebenaran dan kesalahan itu boleh diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara.

“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.

“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil maka dia berdosa,” jelasnya.

“Berhati-hati, kezaliman akan dituntut di dunia dan akhirat…”

Sementara itu, Mohd Asri juga mengingatkan bahawa pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak yang diwakili tetapi akan menzalimi pihak lawan.

“Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim.

“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain,” katanya.

 

Sumber: MalaysiaGazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 18 Jan 2019

This Little Tool From Face Inc Can Help Maintain Your Youthful Looks

The Face Inc Anti-Aging Micro-Therapy Kit is the latest breakthrough in Anti-Ageing technology.

Eat Travel Wed, 8 Apr 2020

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Teknik mudah, senang pula!

Selebriti Fri, 26 Jan 2024
Featured Fri, 2 Feb 2018

Kenali Kanser Kolorektal

Kanser kolorektal atau lebih dikenali sebagai kanser usus besar mungkin tidak sepopular kanser payudara dan servik. Namun, ia juga merupakan penyakit yang digelar pembunuh secara senyap dan ketiga tertinggi di kalangan wanita.

TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Disuruh Putihkan Kulit, Ika Nabella Naik Angin?

‘Melayu will always be Melayu’, Oh tangkap gambar dengan kau kena naikkan glow. Oi! Ko putihkan muka aku sampai hilang batang hidung aku kau edit.

Featured Thu, 1 Dec 2022
Fab Foodies! Wed, 27 Nov 2019

Edisi Terhad! Oreo Keluarkan Biskuit Sandwich Flavor Red Velvet Pula

Siapa fans Red Velvet dekat sini memang kena grab cepat!