Events By: Salma Syahbuddin August 22, 2022 @ 3:39pm

“Beria Lamar Amelia Henderson, Tapi Yang Dapat Tiket…”- Pamer Aksi Mesra Bersama Daiyan Trisha Di Konsert Coldplay, Ramai Tegur Aedy Ashraf!

Baru-baru ini, kecoh seketika apabila pelakon popular, Aedy Ashraf dan Amelia Handerson memadam semua gambar mereka bersama di akaun media sosial  masing-masing.

Tindakan kedua-dua selebriti ini secara tidak langsung memberi bayangan kepada peminat bahawa hubungan mereka kini sudah berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN:Kisah Cinta Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ambil Keputusan ‘Kunci Mulut’

ARTIKEL BERKAITAN:“Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Namun, lain pula ceritanya kali ini, apabila Aedy meluangkan masa bersama-sama pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha ketika kedua-duanya hadir menyaksikan konsert kumpulan Coldplay yang berlangsung di Stadium Wembley, London baru-baru ini.

Malah, kemesraan kedua-dua pelakon ini juga jelas terpancar menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram milik mereka.

Perkara ini secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat yang mendakwa kedua-dua pelakon ini sedang menjalin hubungan cinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

 

Sementara itu, ada juga segelintir peminat yang tampil menegur tindakan Aedy atau nama sebenarnya, Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 28, agar menghormati ‘hubungannya’ bersama Amelia sebelum ini memandangkan isu ‘putus’ itu baru sahaja berlaku.

Tidak kurang juga, ada netizen yang turut mengecam tindakan kedua-dua pelakon ini yang didakwa tidak menjaga batas pergaulan antara satu sama lain.

 

Bagaimanapun, Daiyan mahupun Aedy nampaknya tidak membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh kebanyakan netizen terhadap dakwaan mengenai status hubungan mereka.

Difahamkan, sebelum ‘terbang’ ke London, mereka berada di New York, Amerika Syarikat bagi pelancaran sebuah produk jenama terkenal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 11 Jan 2024
Trending Tue, 6 Oct 2020
Trending Wed, 11 May 2022

Dedah Wajah Baby Girl, Salama Samheizy Nama Anak Ketiga Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

Comel dan sihat anak perempuan Syatilla dan Shaheizy yang diberi nama Salama Shaheizy ini.

Featured Wed, 10 May 2023
Trending Thu, 8 Nov 2018

Sinead O’Conner Peluk Islam Demi Kebaikan. Alhamdulillah Dan Tahniah!

Sinead O’Conner menemukan ketenangan setelah mengenali agama suci ini.

Featured Sun, 19 Apr 2020

65 rakyat pulang dari luar negara dikesan positif COVID-19

Kluster baharu kes import dikesan di pintu masuk antarabangsa

Contest Wed, 2 Oct 2019

Single “Andai Nanti” Serlah Kematangan Vokal Mu’izz Zulqarnain

Terus support Mu’izz dan jangan lupa tonton video klip Andai Nanti okay!